Ogos 2015 - Aktiviti 27

  • BERITA RINGKAS 27 Ogos ----- "Hargailah keamanan, peliharalah keharmonian"----- Pengerusi S.P.A

    PUTRAJAYA 27 Ogos ----- Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak mengingatkan warga S.P.A supaya tidak terlibat dalam program-program yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan negara seperti yang dirancang oleh kumpulan-kumpulan atau pertubuhan yang tidak berdaftar. Beliau berkata demikian di majlis perhimpunan bulanan S.P.A di Putrajaya petang semalam. Katanya lagi “ saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia hargailah keamanan, peliharalah keharmonian pupulklah perpaduan, marilah kita bersyukur di atas kenikmatan kebebasan yang kita kecapi hari ini”. Kita selaku penjawatn awam adalah tertakluk pada Etika Perkhidmatan Awam dan Aku Janji dan dilarang menyertai sebarang perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak berdaftar” katanya. ----- MediaSPA

Aktiviti27_1

 

Aktiviti27_2

 

Aktiviti27_3

 

Aktiviti27_4