Ogos 2016 - Aktiviti 10

  • BERITA RINGKAS 25 Ogos ----- Karnival Kerjaya SPA Di Kota Kinabalu Sabah

    KOTA KINABALU 25 Ogos ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah mengadakan Karnival Kerjaya dan Outreach SPA 2016 yang diadakan di Auditorium, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir, Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPA Negeri Sabah, YBhg. Datuk Ismail Awang Besar, Setiausaha SPA, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad dan Ahli-Ahli Suruhanjaya. Antara program yang diadakan ialah penyerahan surat tawaran lantikan, pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Satu sesi taklimat kerjaya turut diadakan sejurus selepas majlis perasmian. Selain itu, SPA turut membuka kaunter permohonan jawatan secara online kepada orang ramai yang hadir. MediaSPA

Aktiviti10_1

 

Aktiviti10_2

 

Aktiviti10_3

 

Aktiviti10_4

 

Aktiviti10_5

 

Aktiviti10_6

 

Aktiviti10_7