Ogos 2018 - Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 03 Ogos ----- Lawatan SPA Negeri Sarawak ke SPA Malaysia Cawangan Sarawak

    KUCHING, 03 Ogos ----- Pada 2 Ogos 2018 (Khamis) , SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah menerima lawatan daripada SPA Negeri Sarawak. Ketibaan seramai empat (4) orang pegawai yang diketuai oleh Setiausaha SPA Negeri Sarawak, Encik Fathi Bin Haji Hambali telah disambut oleh Setiausaha Bahagian SPA Cawangan Sarawak, Encik Matthew Anak Dominic Barin. Sesi taklimat ringkas mengenai SPA Malaysia telah disampaikan oleh SUB Cawangan Sarawak. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi perbincangan dan perkongsian ilmu-ilmu yang berkaitan dan beberapa perkara-perkara lain bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua-dua agensi ini. ----- Urus Setia Sarawak

Aktiviti1_1

 

Aktiviti1_2

 

Aktiviti1_3