Oktober 2012 - Aktiviti 3

  • Lawatan Kerja SPA Negara Brunei

    SPA 10 Oktober ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negara Brunei diketuai oleh Setiausaha SPA Brunei, Awang Salminan Haji Burut telah mengadakan lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Lawatan kerja selama (tiga) 3 hari ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan proses urusan pengambilan dan perkhidmatan di SPA Malaysia dan seterusnya meningkatkan lagi kerjasama di antara SPA Brunei dan SPA Malaysia. Terdahulu dari itu, satu kunjungan hormat kepada Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pengerusi. Sejurus selepas perjumpaan bersama Pengerusi, taklimat ringkas mengenai fungsi-fungsi SPA Malaysia telah disampaikan oleh Setiausaha SPA Malaysia, YBhg. Datuk Ramli Juhari bertempat di bilik Mesyuarat Suruhanjaya. Delegasi SPA Brunei seramai empat (4) orang itu juga dibawa ke Bahagian Pengambilan, Bahagian Pengambilan Khas, Bahagian Perkhidmatan, Bahagian Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bidang tugas setiap bahagian.----- MediaSPA

Aktiviti3

 

Aktiviti3

 

Aktiviti3