Oktober 2014 - Aktiviti 11
- "Rujuklah Kepada Pegawai Atasan Dahulu" --- Tan Sri Mahmood Adam
PULAU PINANG 14 Okt ----- Pengerusi S.P.A Tan Sri Mahmood Adam hari ini mengingatkan pegawai-pegawai jangan menyalahguna kuasa apabila menjalankan tugas. Katanya “rujuklah kepada pegawai atasan dahulu, terutama perkara-perkara yang melibatkan dasar dan ia mesti rujuk kepada Suruhanjaya” . Beliau berkata demikian ketika merasmikan kursus pemantapan pengetahuan fungsi-fungsi S.P.A anjuran ASPA bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional di Pulau Pinang sebentar tadi. Katanya lagi, “S.P.A tidak mahu menjalankan tugas yang akhirnya nanti tidak dipercayai oleh pelanggan”. Yang turut hadir Setiausaha S.P.A Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Lim Mooi Eia ----MediaSPA