Oktober 2014 - Aktiviti 13

  • Pelaksanaan Peperiksaan Online S.P.A ----- TKPPA Ucap Tahniah

    PUTRAJAYA 16 Okt ----- Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (TKPPA), Dato' Seri Zainal Rahim Seman mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) kerana telah melaksanakan peperiksaan Online dan memberi kemudahan kepada lebih ramai pemohon-pemohon jawatan untuk menduduki peperiksaan berbanding cara lama sebelum ini. Beliau berkata demikian selepas diberi taklimat mengenai peperiksaan online di S.P.A Putrajaya sebentar tadi. Turut hadir Pengerusi Tan Sri Mahmood Adam dan pegawai-pegawai di Bahagian Peperiksaan. Pada sesi taklimat Tan Sri Mahmood Adam berkata dengan cara online ini juga, S.P.A tidak lagi menghadapi masalah untuk mencari dewan peperiksaan, menghantar pengawas ke seluruh Negara, membayar pemeriksa kertas jawapan yang pastinya memerlukan perbelanjaan yang besar. Terdahulu Dato’ Seri Zainal juga turut dibawa melawat ke bilik One Stop Center ----- MediaSPA

Aktiviti1

 

Aktiviti1