September 2012 - Aktiviti 9

  • Hari Khas SPA Bersama Pelanggan  
       
    KUCHING 24 SEPTEMBER ------ Dalam menggalas usaha merakyatkan SPA, Urusetia Cawangan Sarawak telah mengadakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan di Bahagian Sarikei iaitu di Bandar Sarikei dan Daerah Julau masing-masing pada 21 September 2012 dan 22 September 2012. Selain itu, pada 22 September 2012 itu juga, pejabat ini turut menyertai Karnival Kerjaya anjuran Jabatan Ketua Menteri Sarawak yang berlangsung di Daerah Kanowit, Sibu.
     
    Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program-program tersebut adalah Ceramah Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam dan Tips-Tips Temu Duga, Pendaftaran Online SPA, Kaunter Khidmat Nasihat Urusan SPA, dan pameran-pameran dari SPA dan pelbagai jabatan persekutuan. Ceramah Kerjaya telah disampaikan oleh Encik Asrul bin Zakaria, Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Urus Setia Cawangan Sarawak. 
     
    Program Hari Khas SPA Bersama Pelanggan di Daerah Julau telah dirasmikan oleh YB Dato' Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Julau. Hadir sama Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sarawak, Encik Mohd Saiful Sungkih Bin Abdullah, pegawai-pegawai SPA serta wakil-wakil jabatan.-----

Aktiviti 9

Aktiviti 9

Aktiviti 9

Aktiviti 9

Aktiviti 9

Aktiviti 9

Aktiviti 9