September 2017 - Aktiviti 8

  • BERITA RINGKAS 28 September ----- Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

    ALOR SETAR, 27 September ----- Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dengan Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa SPA Tahun 2017 semalam. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan, Wisma Darul Aman turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad serta ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri di bawah bidang kuasa SPA. Mesyuarat ini merupakan platform bagi SPA dan Pengurus-pengurus sumber manusia di peringkat kementerian/jabatan/pentadbiran kerajaan negeri berbincang mengenai isu-isu berkaitan urusan pengambilan dan perkhidmatan. Terdapat 5 kertas pembentangan mesyuarat pada kali ini antaranya adalah mengenai naziran urusan perkhidmatan dan kes-kes tatatertib yang diakas oleh Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam.----- MediaSPA

Aktiviti8_1

 

Aktiviti8_2

 

Aktiviti8_3