Breadcrumb Breadcrumb

Dasar dan Perancangan Dasar dan Perancangan

Dasar dan Perancangan

Objektif

  • Objektif Bahagian Dasar dan Perancangan adalah untuk memberikan khidmat sokongan bagi memastikan semua tugas yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta menepati prinsip-prinsip dan peraturan yang ditetapkan.

Fungsi

  • Bahagian Dasar dan Perancangan terlibat dalam urusan seperti berikut:
    • Pengukuhan SPA ke arah menjadi sebuah agensi peneraju dalam melantik penjawat awam yang terbaik;
    • Menyediakan dan memantau pelaksanaan pelan perancangan strategik untuk SPA;
    • Bertanggungjawab mengurus soalan-soalan dan jawapan-jawapan Parlimen sama ada dari Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara yang melibatkan SPA;
    • Melaksana dan memantau pelaksanaan dasar dan peraturan sedia ada; dan
    • Mengkaji dan menyelaras kajian-kajian yang dirancang dan dilaksanakan.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan hasil penyelidikan dan perancangan yang berkualiti serta memenuhi kehendak stakeholders/pelanggan dalam tempoh berikut:
    • Kajian empirikal - enam bulan
    • Tempoh kajian yang melibatkan pihak perunding bergantung kepada tempoh dalam terma kontrak
    Menyediakan draf jawapan pertanyaan Parlimen, ulasan memorandum Jemaah Menteri dan maklum balas keputusan kabinet dalam masa yang ditetapkan oleh stakeholders/pelanggan.

Aktiviti Utama Bahagian Dasar dan Perancangan

  • Perancangan Strategik
    Merangka dan memantau perkembangan aktiviti yang telah dirancang di dalam Pelan Perancangan Strategik SPA setiap 5 tahun.
  • Sasaran Kerja Tahunan
    Menyelaras sasaran kerja tahunan SPA dan menjadi urus setia kepada Mesyuarat Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan.
  • Urusan Parlimen
    Mengurus dan menyelaras setiap pertanyaan lisan dan bukan lisan semasa Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
  • Kajian
    Mengkaji dan menyelaras kajian-kajian yang berkaitan tentang dasar-dasar SPA.