Breadcrumb Breadcrumb

Naik Pangkat dan Tatatertib Naik Pangkat dan Tatatertib

Naik Pangkat dan Tatatertib

Fungsi/Tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

  • Perkara 144(1), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa fungsi/tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah untuk:

    • Melantik;
    • Mengesahkan dalam Perkhidmatan;
    • Memberi taraf berpencen;
    • Menukar;
    • Menaikkan pangkat; dan
    • Menjalankan kawalan tatatertib.

    ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan awam yang diliputi di bawah bidang kuasanya.

Bidang Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

  • Bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah meliputi perkhidmatan Awam berikut:

    • Perkhidmatan Awam Am Persekutuan;
    • Perkhidmatan Awam Bersama; dan
    • Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan.

Objektif

  • Objektif Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib adalah untuk melaksanakan segala tugas yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berhubung kenaikan pangkat dan kawalan tatatertib, meliputi urusan tindakan tatatertib, rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.

Fungsi

  • Melaksanakan segala urusan tindakan tatatertib, rayuan tatatertib, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat.

    1. Menguruskan Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat:
      • Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta Perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan Negeri Sembilan.
      • Pegawai Kumpulan 'A', 'B' dan 'C' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka dan Pulau Pinang.
    2. Menguruskan Kes-Kes Rayuan Tatatertib:
      • Semua kumpulan pegawai dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan serta Perkhidmatan Awam Negeri Perlis dan Negeri Sembilan yang dikenakan hukuman tatatertib oleh Lembaga Tatatertib Jabatan;
      • Pegawai Kumpulan 'A' yang dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat dan pegawai Kumpulan 'D' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka dan Pulau Pinang yang dikenakan hukuman buang kerja oleh Lembaga Tatatertib Jabatan.
    3. Menguruskan Urusan Kenaikan Pangkat:
      • Kenaikan pangkat ke jawatan bagi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam.
    4. Menguruskan Urusan Rayuan Kenaikan Pangkat:
      • Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan;
      • Pegawai Kumpulan 'A' dalam Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Perlis;
      • Pegawai Kumpulan Sokongan gred 17 dan ke atas dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan.

Piagam Pelanggan

  • Kami berjanji untuk melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab kami dengan cekap dan berkesan serta memastikan ianya menepati prinsip serta peraturan yang ditetapkan. Kami juga berjanji akan menyelesaikan segala tugas dan tanggungjawab kami di dalam tempoh seperti berikut dari tarikh menerima perakuan lengkap iaitu:
    1. Urusan kenaikan pangkat ke jawatan bagi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam - 2 minggu
    2. Prima Facie bagi kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas dan tatakelakuan atau prestasi kerja yang tidak memuaskan. - 4 minggu
    3. Tindakan tatatertib bagi kes-kes tatatertib tidak hadir bertugas dan tatakelakuan atau prestasi kerja yang tidak memuaskan. - 4 minggu
    4. Tindakan tatatertib untuk kes-kes bagi pegawai disabitkan kesalahan jenayah di mahkamah atau dikenakan perintah tahanan dan sebagainya. - 4 minggu
    5. Tindakan tahan kerja atau gantung kerja bagi pegawai yang menghadapi pertuduhan atau disabitkan kesalahan jenayah atau perintah tahanan dan sebagainya. - 4 minggu
    6. Urusan rayuan tatatertib dan rayuan kenaikan pangkat. - 8 minggu

Senarai Undang-Undang dan Peraturan Berkaitan:

  • Perlembagaan Persekutuan
  • Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Melaka (Pindaan) 2003
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Pulau Pinang 1997
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Sembilan 2006
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2005
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 1975
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1991
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Pulau Pinang 1989
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996
  • Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Perluasan Bidang kuasa) 1959