Pengambilan Khas Pengambilan Khas

Pengambilan Khas

Objektif

  • Bahagian Pengambilan Khas bertanggungjawab untuk memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim, menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan pelantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan tetap bagi Kementerian Kesihatan Malaysia. Bahagian ini juga menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 17 dan ke bawah bagi kelayakan SRP/ PMR dan SPM) di pelbagai Kementerian dan Jabatan dengan sempurna dan efisyen dalam masa yang ditetapkan.

Fungsi

  • Menyediakan maklumat bagi penyiaran iklan bagi jawatan Kumpulan Pelaksana (Gred 17 dan ke bawah bagi kelayakan SRP/ PMR dan SPM) dalam Perkhidmatan Awam dan Latihan Separa Perubatan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Memproses dan mendaftarkan permohonan calon yang berkelayakan mengikut skim
  • Menguruskan pemilihan pelatih-pelatih Separa Perubatan dan pelantikan mereka selepas tamat latihan ke jawatan tetap bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menguruskan urusan pengambilan dan lantikan bagi Kumpulan Pelaksana (Gred 17 dan ke bawah bagi kelayakan SRP/ PMR dan SPM) di pelbagai Kementerian dan Jabatan..

Piagam Pelanggan

  • Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji:-
    1. Kementerian Kesihatan Malaysia akan dibekalkan calon-calon yang berkualiti dan bersesuaian untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan selewat lewatnya empat ( 4 ) minggu sebelum latihan bermula.
    2. Pelatih-pelatih separa perubatan yang telah tamat latihan akan dilantik ke jawatan tetap dalam tempoh empat (4) minggu selepas menerima keputusan peperiksaan akhir dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
    3. Menawarkan calon lantikan kepada Kementerian/Jabatan dalam tempoh 10 minggu daripada tarikh permohonan lengkap bagi jawatan yang melibatkan tapisan dan 20 minggu bagi jawatan yang melibatkan urusan peperiksaan atau ujian bakat/fizikal.
    4. Memaklumkan keputusan temu duga kepada calon di dalam tempoh empat (4) minggu selepas tarikh akhir urusan temu duga dilaksanakan.

Aktiviti Utama Bahagian Pengambilan Khas

  • Unit Proses/ Tawaran/ Separa Perubatan
    • Urusan surat menyurat berkaitan urusan pelantikan daripada pelbagai Kementerian/ Jabatan.
    • Urusan surat menyurat berkaitan dengan Latihan Separa Perubatan daripada Kementerian Kesihatan.
    • Penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (tapisan) bagi urusan pengambilan
    • Penyediaan kuota calon mengikut Lembaga Temu Duga.
    • Penyediaan Kertas Pertimbangan Setiausaha / Suruhanjaya.
    • Pemakluman surat keputusan berjaya temu duga bagi urusan latihan separa perubatan sahaja.
    • Penyediaan surat tawaran lantikan.
  • Unit Temu Duga
    • Membuat tempahan bilik temu duga.
    • Menyediakan jadual dan pakej temu duga.
    • Menyediakan panggilan temu duga melalui emel dan SMS.
    • Menguruskan pelantikan pengerusi / wakil Jabatan LTD.
    • Mengendalikan mesyuarat pra temuduga bersama pengerusi LTD.
    • Membantu urusan temu duga di pusat temu duga.
  • Unit Pendaftaran/ Aduan
    • Menerima dan memproses permohonan Pendaftaran Pekerjaan Di Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) yang berkelayakan mengikut skim.
    • Menguruskan maklumbalas pertanyaan calon berkaitan urusan di Bahagian Pengambilan Khas melalui sistem ePertanyaan, surat menyurat dan emel.
  • Unit Kontrak
    • Menerima dan memproses permohonan pelantikan kontrak perkhidmatan (Contract of Service) untuk lantikan kali pertama (baru) dan lantikan semula bagi jawatan-jawatan di bawah peruntukan OS11000 dan OS29000 yang melibatkan Kumpulan Pelaksana dari Gred 26 dan ke bawah.
    • Menyediakan Kertas Pertimbangan Suruhanjaya.
    • Menyediakan surat perakuan berhubung keputusan Mesyuarat Suruhanjaya terhadap permohonan pelantikan secara kontrak kepada Kementerian/ Jabatan yang memohon.