Breadcrumb Breadcrumb

Pegawai Keselamatan Gred KP41 Pegawai Keselamatan Gred KP41

Pegawai Keselamatan Gred KP41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,081.00 RM9,547.00 RM225.00
 
SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
(a) warganegara Malaysia;  
(b)

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 
(c)

 

 
(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,081.00);atau

 
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurankurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau

 
(iii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaa ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00);

 
  dan  
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:
  1. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  2. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  3. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  5. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  6. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
     
2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1c(i) dan 1c(iii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  
     
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Keselamatan Gred KP41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  
(a)    
(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau  
(ii) lulus Peperiksan Khas; dan  
(b) had umur pelantikan:
  1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
 
DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab terhadap tugas mengenai keselamatan perlindungan di Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan yang meliputi tugas-tugas mengendalikan latihan, memberi ceramah, menjalankan pemeriksaan keselamatan, membuat siasatan ke atas pelanggaran keselamatan dan pembocoran rahsia rasmi, penentuan sistem perkhidmatan anggota keselamatan dan sistem kawalan keselamatan peribadi.