Breadcrumb Breadcrumb

Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

  • Jantina: Lelaki dan Perempuan
  • Tempoh Latihan: 3 tahun
  • Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Tempat Latihan:
    • Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor
    • Kolej Kesihatan Awam Kuching, Sarawak
  • Syarat Latihan:
    • Warganegara Malaysia
    • Umur:
      • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
      • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
    • Kelayakan:
      • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • Keutamaan:
      • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
      • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;
  • Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • mempunyai kelayakan di para (iii) di atas;
    • dan berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Perhatian:
    Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29.