Kandungan Jurnal
Hadir Temu Duga
-
Semasa hadir temu duga:
-
Anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal dan salinan semasa temu duga serta disusun mengikut turutan seperti berikut:
- Resume bergambar
- MyKad dan Sijil Kelahiran;
- Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan kewarganegaraan ibu/ bapa (jika berkenaan);
- SPM/ SPM(V) atau setaraf;
- Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
- STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ skrol dan transkrip bagi pemegang Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain. (jika berkenaan);
- Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik. (jika berkenaan - bagi calon yang belum memperolehi skrol ijazah/ diploma);
- Ijazah Sarjana Muda dan transkrip akademik bagi calon yang memiliki Sarjana/ Doktor Falsafah;
- Slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan;
- Surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan);
- Sijil Pendaftaran Orang Kurang Upaya/ Surat pengesahan penerima eKasih (jika berkenaan);
- Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan);
- Sijil kegiatan luar (Dokumen Asal Sahaja);
- Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan (di pautan http://www.spa.gov.my/web/guest/pegawaisedangberkhidmat), LNPT terkini, Perisytiharan Harta dan Penyata Gaji akhir untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun; dan
- Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).
-
Anda juga dikehendaki:
- melengkapkan resume di pautan myResume;
- memuat naik sijil akademik SPM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ skrol dan transkrip bagi pemegang Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah jika berkaitan) sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan;
- mencetak senarai semak temu duga seperti yang terdapat pada sistem myResume bagi temu duga untuk jawatan Gred 41 dan ke atas sahaja;
- menyemak pengiktirafan akademik (Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di pautan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan melampirkan cetakan status pengiktirafan semasa menghadiri temu duga; dan
- berada di pusat temu duga 30 minit lebih awal dari masa yang dijadualkan dan berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.
-
Kegagalan tuan/ puan untuk mematuhi perkara 1 dan 2 serta mengemukakan maklumat palsu boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.
-
Keputusan temu duga boleh diketahui dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir temu duga dengan melayari Portal Rasmi SPA.
-