Breadcrumb Breadcrumb

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

1M4U - Rakan Muda S.P.A Online

  • Pengenalan:
    Selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak untuk mengembangkan potensi dan penglibatan belia dalam proses pembangunan negara, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Mantan Pengerusi S.P.A telah mengambil insiatif untuk menubuhkan 1M4U/Rakan Muda S.P.A.
     
    Ini bertujuan bagi menggalakkan penyertaan para belia di S.P.A dan belia di luar untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia selain memanfaatkan peluang sedia ada untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada negara.
     
  • Objektif:
    • Memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan belia;
    • Memupuk semangat kesukarelawan di kalangan belia S.P.A; dan
    • Memberi peluang kepada belia S.P.A untuk menyumbang bakti dan tenaga kepada masyarakat.
       
  • Way Forward:
    S.P.A berpandangan bahawa para belia Malaysia berpotensi memainkan peranan penting dalam membentuk Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan berprestasi tinggi. Belia yang berfikiran positif akan membawa kejayaan negara ke tahap yang lebih tinggi. Matlamat S.P.A ini adalah selaras dengan Dasar Pembangunan Belia Negara untuk memupuk para belia menjadi individu cemerlang, gemilang, dan terbilang.
     
  • Untuk mendaftar, sila layari pautan berikut : IM4U - Rakan Muda S.P.A Online