Breadcrumb Breadcrumb

Panduan Peperiksaan Panduan Peperiksaan

Panduan Peperiksaan

  1. Bagaimanakah untuk dikecualikan daripada menduduki peperiksaan ?
    Pengecualian peperiksaan hanya diberikan kepada calon Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Calon-calon Lantikan Terus dan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) perlu menduduki peperiksaan.
     
  2. Bagaimanakah caranya untuk menduduki sesuatu peperiksaan ?
    Calon hendaklah mendaftar melalui Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) di pautan http://www.spa.gov.my.. Sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dimohon, calon-calon yang memenuhi syarat dan asas tapisan akan dipanggil menduduki peperiksaan yang berkaitan, secara online (dalam talian).
     
  3. Bilakah sesuatu peperiksaan diadakan ?
    Peperiksaan hanya akan diadakan jika terdapat permohonan pengisian jawatan yang mensyaratkan peperiksaan daripada kementerian/jabatan.
     
  4. Bolehkah calon menukar tarikh peperiksaan yang telah dijadualkan ?
    Tidak boleh kerana urusan peperiksaan diadakan serentak di seluruh negara. Calon hanya dibenarkan mengambil peperiksaan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. 
     
  5. Bagaimanakah calon dipanggil untuk menduduki peperiksaan ?
    Calon akan dimaklumkan melalui SMS, emel dan paparan Portal SPA sahaja.
     
  6. Adakah calon perlu hadir ke pusat peperiksaan untuk peperiksaan online ?
    Tidak. Tiada pusat peperiksaan disediakan bagi urusan peperiksaan online. Calon boleh mendudukinya di mana-mana lokasi asalkan ada kemudahan internet. 
     
  7. Di manakah saya boleh mendapatkan panduan peperiksaan secara online ?
    Calon yang dipanggil menduduki peperiksaan online boleh mendapatkan panduan mengenai peperiksaan melalui tiga cara iaitu:
     
    i) Pautan melalui emel panggilan menduduki peperiksaan
    ii) Pautan melalui Portal SPA
    iii) Video ‘Panduan Peperiksaan Online SPA’ melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=mnOR9agm1Hg&feature=youtu.be