Pemberian Taraf Berpencen Pemberian Taraf Berpencen

Pemberian Taraf Berpencen

  1. Apakah dokumen yang diperlukan untuk proses urusan Pemberian Taraf Berpencen?
    Dokumen yang perlu untuk proses urusan Pemberian Taraf Berpencen adalah seperti berikut:
     
    • Perakuan Pemberian Taraf Berpencen oleh Ketua Jabatan- Jadual Keenam mengikut Peraturan 38, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;
    • Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan telah dikemaskini; dan
    • Senarai semak Pemberian Taraf Berpencen.
     
    Senarai semak bagi Pemberian Taraf Berpencen boleh diperolehi melalui pautan berikut:
  2. Bagaimanakah untuk mendapatkan Jadual Keenam - Perakuan Pemberian Taraf Berpencen oleh Ketua Jabatan ?
    Jadual keenam boleh diperolehi dengan melayari Portal SPA dan pergi ke pautan berikut:

    Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan > Urusan Perkhidmatan > Senarai Semak Urusan Perkhidmatan (Pindaan Mulai Januari 2012) > Senarai Semak Pemberian Taraf Berpencen > Jadual Keenam - Borang Perakuan Pemberian Taraf Berpencen - Mengikut P.U. (A) 1/2012.
     
  3. Perakuan urusan Perkhidmatan yang ingin dikemukakan kepada SPA, perlu untuk perhatian siapa?
    Segala perakuan urusan perkhidmatan perlu dikemukakan kepada:

    Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
    Bahagian Perkhidmatan
    Aras 8, Blok C7, Kompleks C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62520 PUTRAJAYA