Breadcrumb Breadcrumb

Penamatan Perkhidmatan Penamatan Perkhidmatan

Penamatan Perkhidmatan

  1. Apakah peraturan yang berkaitan dengan urusan Penamatan Perkhidmatan dan dalam keadaan yang bagaimanakah seseorang pegawai itu boleh ditamatkan perkhidmatan ?
    Urusan Penamatan Perkhidmatan dilaksanakan mengikut Peraturan 48, 49 dan 50, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] jika seseorang pegawai itu telah:
     
    • menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam Borang Pemeriksaan Perubatan;
    • membuat akuan palsu dalam Surat Akuan Sumpah (akuan berkanun);
      tidak mematuhi kehendak dalam Surat Aku Janji;
    • meminda atau memalsukan apa-apa dokumen berhubungan dengan pelantikannya;
      gagal Tapisan Keselamatan;
    • gagal mendapat perakuan Ketua Jabatan (prestasi yang tidak memuaskan); dan
    • gagal dalam peperiksaan dan / atau Program Transformasi Minda (PTM) dan / atau lain-lain kursus atau latihan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.
       
  2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memproses urusan Penamatan Perkhidmatan ?
    Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya:
    1. bagi kes - menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan kesihatan:
      • perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
      • Borang Pemeriksaan Perubatan yang mengandungi pengakuan pegawai mengenai kesihatannya;
      • dokumen lain sebagai bukti pegawai menyembunyikan maklumat kesihatannya;
      • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini;
      • dan salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
         
    2. bagi kes - membuat akuan palsu dalam Surat Akuan Sumpah (akuan berkanun):
      • perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
      • Surat Akuan Sumpah (akuan berkanun) pegawai;
      • dokumen lain sebagai bukti pegawai telah membuat akuan palsu;
      • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
      • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
         
    3. bagi kes - tidak mematuhi kehendak dalam Surat Aku Janji:
      • perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
      • perakuan keengganan mematuhi kehendak Surat Aku Janji oleh pegawai; dan
      • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
      • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
         
    4. bagi kes - memalsukan apa-apa dokumen berhubung dengan pelantikannya:
      • perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
      • dokumen lain yang membuktikan terdapatnya pemalsuan dokumen;
      • laporan polis;
      • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
      • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
         
    5. bagi kes - gagal tapisan keselamatan:
      • perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
      • alasan-alasan pegawai berkenaan gagal dalam tapisan keselamatan;
      • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
      • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
         
    6. bagi kes - gagal mendapat perakuan Ketua Jabatan (prestasi pegawai yang tidak memuaskan):
      • perakuan Ketua Jabatan yang tidak menyokong pegawai untuk disahkan dalam Perkhidmatan (diperakukan setelah genap tempoh percubaan asal atau yang dilanjutkan);
      • alasan-alasan Ketua Jabatan dengan bukti pegawai telah gagal memperolehi sokongan perakuannya dengan menjurus kepada alasan yang spesifik yang boleh dipertahankan dan tidak terkeluar daripada Peraturan 29, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012];
      • Markah Penilaian Prestasi Tahunan bagi tempoh tiga (3) tahun terakhir yang tidak bercanggah dengan para (ii) di atas;
      • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
      • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
         
    7. bagi kes - pegawai yang gagal dalam peperiksaan dan / atau Program Transformasi Minda dan / atau kursus atau latihan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan:
      • perakuan penamatan daripada Ketua Jabatan;
      • salinan kenyataan dan keputusan peperiksaan dan / atau Program Transformasi Minda dan / atau kursus atau latihan yang berkenaan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan;
      • salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini; dan
      • salinan surat tawaran pelantikan tetap jawatan (jika berkenaan).
         
  3. Apakah peraturan yang berkaitan dengan urusan Pembatalan Tawaran Pelantikan dan dalam keadaan yang bagaimanakah seseorang pegawai itu boleh dibatalkan tawaran pelantikannya ?
    Urusan Pembatalan Pelantikan dilaksanakan mengikut Peraturan 20(5), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012] jika seseorang calon / pegawai itu:
     
    • didapati tidak sihat setelah diperiksa dan diperakui tidak sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar; dan / atau
    • tidak mematuhi mana-mana syarat yang disebut dalam perenggan 20(1)(b) iaitu tidak mematuhi syarat-syarat yang terdapat dalam Surat Akuan Sumpah (akuan berkanuan) di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13]; dan / atau
    • tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan di dalam Surat Aku Janji iaitu tidak mematuhi Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], Perintah-perintah Am, pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.