Breadcrumb Breadcrumb

Pendaftaran Pendaftaran

Pendaftaran

  1. Adakah semua institusi pengajian tinggi diiktiraf?
    Tidak semua institusi pengajian tinggi (IPT), terutamanya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), sama ada di dalam atau di luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan. Oleh itu mereka yang ingin berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam perlu memastikan IPT dan program pengajian telah diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan senarai IPT dan program pengajian boleh dibuat melalui pautan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

  2. Bolehkah saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih rendah?
    Boleh berdasarkan kepada prinsip one step lower sahaja, Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma/STP/STPM/STAM/HSC anda boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM/SPM(V)/SPMV/Sijil (bergantung kepada syarat lantikan). Demikian juga pemohon yang memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma/STP/STPM/STAM/HSC (bergantung kepada syarat skim lantikan) dengan syarat pemohon mempunyai kelayakan di peringkat Diploma/STPM STP/STPM/STAM/HSC berkenaan. Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017, calon dengan kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memohon jawatan dalam 39 skim perkhidmatan di Gred 29 seperti yang dinyatakan dalam surat pekeliling perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, calon masih lagi tertakluk kepada asas tapisan yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya sebelum layak ke peringkat ujian atau temu duga.

  3. Apa akan berlaku jika saya menolak tawaran jawatan?
    Calon yang telah ditawarkan jawatan tetapi menolak tawaran tersebut tidak akan dikenakan apa-apa tindakan.

  4. Adakah kumpulan pemohon yang diberi pertimbangan khas?
    Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli, peserta Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) / Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) dan Penerima Bantuan dari Kerajaan akan diberi pertimbangan berdasarkan tapisan khas yang ditetapkan. Mereka ini akan dipanggil temu duga berdasarkan tapisan kelayakan minimum yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan atau iklan. Walau bagaimanapun semasa menghadiri temu duga, pemohon ini dikehendaki membawa dokumen berkaitan bagi membuktikan kesahihan tersebut.

  5. Apakah keistimewaan pemohon dari kalangan pegawai kontrak?
    Pegawai Kontrak juga dianggap sebagai Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) dan diberi keistimewaan dari segi tapisan yang lebih longgar/rendah berbanding dengan calon lantikan terus untuk dipanggil temu duga.

    Walaubagaimanapun, pertimbangan pemilihan mereka tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang sama seperti yang dikenakan kepada pemohon lantikan terus. Ini bermakna mereka tidak akan dilantik tetap secara automatik walaupun terdapat kekosongan jawatan yang mereka pohon.

  6. Adakah calon pemegang biasiswa Kerajaan diberi keistimewaan?
    Pemohon dari kalangan pemegang biasiswa Kerajaan tidak diberi sebarang keistimewaan. Mereka tertakluk kepada prosedur yang sama seperti yang terpakai kepada pemohon lain dan pertimbangan pemilihan mereka bergantung kepada merit.

  7. Adakah pengalaman bekerja di sektor swasta diambil kira?
    Tidak diambil kira. Namun demikian calon boleh memohon penetapan gaji masuk yang lebih tinggi berdasarkan pengalaman jawatan yang disandang dan kelayakan yang diperolehi.

 

[Laman 1] [Laman 2] [Laman 3]