Breadcrumb Breadcrumb

Pendaftaran Pendaftaran

Pendaftaran

  1. Apakah kelebihan menyertai Perkhidmatan Awam?
    Di antara kelebihan/kemudahan yang diperolehi setelah menyertai perkhidmatan awam adalah seperti Elaun Perumahan, Cost of Living Allowance (COLA), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA), kenaikan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman kenderaan, cuti tahunan mengikut kelayakan, cuti bersalin serta pinjaman perumahan.

  2. Adakah berlakunya diskriminasi di antara pelajar IPTA/IPTS?
    Semua pemilihan calon akan dinilai secara adil/sama rata tidak kira sama ada calon dari IPTA/IPTS berdasarkan tapisan dan merit yang ditetapkan. Selain itu, semua calon yang melepasi tapisan akan dinilai berdasarkan prestasi semasa ditemu duga.

  3. Sekiranya saya mempunyai Diploma, adakah saya boleh memohon jawatan bertaraf SPM?
    Pemegang Diploma dibenarkan untuk memohon jawatan bertaraf SPM manakala Pemegang Ijazah boleh memohon jawatan bertaraf Diploma (sekiranya calon mempunyai Diploma).

  4. Perlukah saya memperbaharui permohonan saya walaupun saya telah lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia atau status saya sebagai calon simpanan sebelum ini? Sekiranya saya memperbaharui permohonan saya, adakah ianya akan menjejaskan keputusan peperiksaan yang saya telah hadiri dan lulus?
    Perlu. Sekiranya permohonan pendaftaran pemohon telah tamat tempoh sah laku maka pemohon perlu memperbaharui pendaftaran tersebut. Pembaharuan borang pendaftaran tidak akan menjejaskan keputusan peperiksaan atau status calon simpanan sebelum ini. Hanya maklumat yang diisi semasa mengisi borang pendaftaran sahaja yang akan berubah.

  5. Adakah pilihan jawatan yang dipilih diberikan prioriti mengikut turutan pilihan seperti pendaftaran?
    Panggilan temu duga bagi sesuatu jawatan bukanlah berdasarkan turutan pilihan jawatan semasa pendaftaran. Proses dibuat apabila berlakunya permohonan pengisian kekosongan jawatan oleh Kementerian/Jabatan. Sekiranya jawatan tersebut termasuk dalam pilihan jawatan yang dibuat, maka calon akan dipanggil temu duga.

 

[Laman 1] [Laman 2] [Laman 3]