Breadcrumb Breadcrumb

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Pengenalan

  • ePengisian merupakan Sistem Permohonan Pengisian Jawatan di bawah Bidang Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sistem ini membolehkan Kementerian/Jabatan/SUK Negeri membuat pengisian jawatan secara online bagi menggantikan borang PGSPA yang diisi secara manual. Kementerian/Jabatan/SUK Negeri akan diberikan kata laluan (id) untuk mencapai dan menghantar maklumat PGSPA melalui Portal SPA.

Objektif

  • Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan pengisian jawatan di Kementerian/Jabatan/SUK Negeri.
  • Untuk memudahkan Kementerian/Jabatan/SUK Negeri mengetahui status permohonan pengisian jawatan yang dipohon.

Pengguna

  • Kementerian/Jabatan/SUK Negeri; dan
  • Urus Setia SPA

Permohonan ID Pengguna

  • Kementerian/Jabatan/SUK Negeri perlu melengkapkan Permohonan ID Pengguna dan faks kepada Bahagian Pengambilan Khas, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 03-8888 5043 untuk perhatian Puan Neo Su Bing. Id pengguna akan diemelkan terus kepada pemohon berserta manual pengguna ePengisian.

Pegawai Untuk Dihubungi

  • Bahagian Pengambilan Khas, SPA
    Nama Pegawai : Neo Su Bing
    Telefon : 03-8885 6243
    Emel : neo@spa.gov.my
  • Bahagian Pengambilan, SPA
    Nama Pegawai : Nurulhazreen binti Shahidun Jamil
    Telefon : 03-8885 6326
    Emel : nurulhazreen@spa.gov.my
  • Bahagian Pengurusan Maklumat, SPA
    Nama Pegawai : Mashita binti Mastor
    Telefon : 03-8885 6101
    Emel : mashita@spa.gov.my

    Nama Pegawai : Muhammad Sofri bin Omar
    Telefon : 03-8885 6151
    Emel : msofri@spa.gov.my