Breadcrumb Breadcrumb

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Naziran Urusan Perkhidmatan

  • Memantau pelaksanaan urusan perkhidmatan (Pengesahan Pelantikan, Pelanjutan Tempoh Percubaan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen) yang dikemukakan secara dalam talian melalui sistem ePengesahan oleh Kementerian/ Jabatan supaya ianya selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.
  • Dalam memastikan urusan perkhidmatan tersebut dilaksanakan dengan teratur, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian/ Jabatan untuk:
    1. memastikan dokumen dalam fail peribadi pegawai adalah lengkap mengikut senarai semak urusan perkhidmatan SPA (Surat Pekeliling SPA Bilangan 2 Tahun 2017);
    2. memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam Sistem ePengesahan adalah tepat berdasarkan dokumen pegawai dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa;
    3. memastikan Pegawai Bertanggungjawab (Pegawai Penyedia, Pegawai Penyemak dan Pegawai Peraku) menggunakan ID Pengguna dan kata laluan masing-masing dan bertanggungjawab ke atas kerahsiaannya;
    4. mencetak sesalinan perakuan yang dihantar kepada SPA melalui Sistem ePengesahan untuk disimpan di dalam fail peribadi pegawai; dan
    5. memastikan dokumen dan fail peribadi pegawai disimpan dengan teratur selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa bagi tujuan naziran oleh SPA.