Breadcrumb Breadcrumb

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Penamatan Perkhidmatan

  • Penamatan Perkhidmatan dilaksanakan mengikut:
    1. Peraturan 48, P.U. (A) 1/2012 iaitu perkhidmatan seseorang pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatannya boleh ditamatkan jika:
      1. menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang pemeriksaan perubatan;
      2. membuat akuan palsu dalam akuan berkanun sebagaimana dikehendaki oleh perenggan 20(1)(b) dan subperaturan 20(2), P.U. (A) 1/2012;
      3. gagal mematuhi kehendak Peraturan 20(3), P.U. (A) 1/2012 (Surat Aku Janji); atau
      4. meminda atau memalsukan apa-apa dokumen yang berhubung dengan pelantikannya.
    2. Peraturan 49, P.U. ( A) 1/2012 iaitu pegawai yang gagal tapisan keselamatan dalam tempoh percubaan atau tempoh percubaan yang dilanjutkan boleh ditamatkan perkhidmatan;
    3. Peraturan 50(1), P.U. (A) 1/2012 iaitu seseorang pegawai dalam percubaan dalam pelantikan pertama yang telah gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan semasa tempoh percubaan, sama ada tempoh percubaan asal atau yang dilanjutnya boleh ditamatkan perkhidmatan;
    4. Peraturan 50(2), P.U. (A) 1/2012 iaitu seseorang pegawai dalam percubaan dalam pelantikan pertama boleh ditamatkan perkhidmatan jika dia gagal dalam kursus atau latihan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.