Breadcrumb Breadcrumb

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Urusan Pertukaran

  PERTUKARAN PERKHIDMATAN
  Satu kemudahan tertakluk kepada budi bicara Suruhanjaya untuk membolehkan seseorang pegawai yang pelantikan mereka berada di bawah bidang kuasa SPA bertukar ke satu jawatan lain dalam skim perkhidmatan yang sama yang berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berlainan. Pertukaran perkhidmatan boleh dilaksanakan seperti berikut:
 
  1. pertukaran dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain yang berada di bawah Ketua Perkhidmatan yang berbeza dalam perkhidmatan awam am Persekutuan;
  2. pertukaran dari perkhidmatan awam am Persekutuan ke Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan atau Perlis, atau sebaliknya; dan
  3. pertukaran dari Perkhidmatan Awam Negeri ke Perkhidmatan Awam Negeri yang lain yang kuasa pelantikannya ialah SPA.
   
  Punca Kuasa:
 
  1. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2005;
  2. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017; dan
  3. Ketetapan Suruhanjaya.
   
  PERTUKARAN PELANTIKAN
  Satu tatacara pelantikan yang dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan untuk memindahkan pegawai ke Pihak Berkuasa Melantik yang berlainan atau ke skim perkhidmatan yang sama / berlainan tanpa melalui proses pelantikan biasa. Dasar pertukaran pelantikan terpakai dalam keadaan berikut:
   
 
  1. atas keputusan Kerajaan
    1. berikutan pembubaran agensi awam atau Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan yang pegawai daripada pihak berkuasa tersebut ditukar lantik ke agensi awam; atau
    2. ke skim perkhidmatan lain berikutan pewujudan, pindaan, penjumudan skim perkhidmatan atau kajian perjawatan.
  2. atas permohonan pegawai
   
  Punca Kuasa :
 
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016;
  2. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;
  3. Ketetapan Suruhanjaya; dan
  4. Keputusan Kerajaan.
   
 

PERTUKARAN SEMENTARA / PEMINJAMAN

  Salah satu daripada kaedah pelantikan pegawai sedang berkhidmat yang boleh digunakan oleh sesebuah agensi untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran, berwibawa dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan. Ia juga merupakan langkah jangka pendek untuk membantu sesebuah agensi terutamanya agensi yang baru ditubuhkan bagi memantapkan operasi masing-masing.
   
  Punca Kuasa :
 
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2012;
  3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
  4. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017;dan
  5. Ketetapan Suruhanjaya.
   
 

PERTUKARAN TETAP

  Satu kaedah pelantikan secara tetap pegawai yang sedang ditukar sementara atau dipinjamkan ke jawatan yang disandang di agensi peminjam tertakluk kepada syarat-syarat pertukaran tetap.
   
  Punca Kuasa :
 
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
  2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
  3. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017; dan
  4. Ketetapan Suruhanjaya.
   
 

PELEPASAN UNTUK PERTUKARAN SEMENTARA / PEMINJAMAN

  Pelepasan yang diberi kepada pegawai lantikan SPA yang dipinjam ke agensi di bawah Pihak Berkuasa Melantik yang lain.
   
  Punca Kuasa :
 
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008;
  2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012;
  3. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2017; dan
  4. Ketetapan Suruhanjaya.