Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Pengumuman Penting Mengenai Surat Panggilan Temu Duga

 
  • Dimaklumkan bahawa mulai 1 Oktober 2015, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) tidak lagi mengeluarkan surat panggilan temu duga secara pos bagi calon-calon yang beralamat di Semenanjung Malaysia, Sarawak (bagi calon di Kuching, Sibu & Miri sahaja), Sabah (bagi calon di Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan & Tawau sahaja) dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan. Notis panggilan temu duga hanya akan dikeluarkan melalui e-mel, SMS dan semakan di laman web SPA. Sehubungan itu, calon-calon diminta untuk mengemaskini e-mel dan nombor telefon bimbit masing-masing.

    Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengambilan (kelayakan Ijazah/Diploma) di talian 03-88856364/03-88806470 atau BahagianPengambilan Khas (kelayakan Sijil/SPM/Separa perubatan) di talian 03-88856254/03-88856277/03-88856266/03-88856273 atau layari laman web SPA di www.spa.gov.my.