Penyalahgunaan Dadah Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan Dadah

  1. Bolehkah tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai yang diketahui menagih dadah ?
    1. Jika pegawai telah menagih dadah sebelum dilantik tetapi tidak diisytiharkan dalam sumpah berkanunnya, pegawai boleh dituduh membuat sumpah palsu. Jika pelantikan mereka belum disahkan, pelantikan itu boleh dibatalkan.
    2. Jika pelantikan pegawai telah disahkan, KJ boleh perakukan supaya pegawai tidak disahkan dalam perkhidmatan dan seterusnya perkhidmatan beliau ditamatkan.
    3. Jika pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan dan berusia kurang 40 tahun, tindakan tatatertib hingga ke peringkat buang kerja boleh dipertimbangkan.
       
  2. Bagaimanakah yang dikatakan seseorang pegawai dikategorikan sebagai mengambil/menyalahgunakan dadah sehingga dikenakan tindakan tatatertib buang kerja ?
    Peraturan 7 menjelaskan apabila seseorang pegawai yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menyalahgunakan atau menagih dadah, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja. Walau bagaimanapun ia terpulang kepada budi bicara LTJ berkenaan sama ada tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap pegawai bagi tujuan buang kerja atau bukan tujuan buang kerja ianya berdasarkan kepada merit kes atau mitigating factors.