Temu Janji Untuk Temu Duga (Pegawai Perubatan/Pegawai Pergigian/Pegawai Farmasi) Temu Janji Untuk Temu Duga (Pegawai Perubatan/Pegawai Pergigian/Pegawai Farmasi)

Permohonan Jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41/Pegawai Pergigian Gred U41/Pegawai Farmasi Gred U41

  1. Siapakah yang boleh memohon jawatan ini ?
    Semua graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dari universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan boleh memohon jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Pergigian Gred U41 dan Pegawai Farmasi Gred U41.

  2. Bagaimana untuk memohon ?
    Calon – calon perlu melengkapkan Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
    Ruangan yang perlu dilengkapkan adalah seperti berikut:

    (i) Daftar masuk SPA8i di http://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp atau http://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp



    (ii) Lengkapkan ‘Maklumat Permohonan’ dan Klik ‘SIMPAN’



    (iii) Lengkapkan ‘Maklumat Akademik’ yang berkaitan (PMR/SRP/LCE atau SPM/MCE/SPAM (V) atau STPM/STP/HSC) dan Klik ‘SIMPAN’



    (iv) Lengkapkan Maklumat Akademik – ‘Pengajian Tinggi’ dan Klik ‘SIMPAN’



    (v) Lengkapkan maklumat ‘Kelayakan Badan – badan Profesional dan Ikhtisas’ dan Klik ‘SIMPAN’



    (vi) Lengkapkan maklumat ‘Jawatan Dipohon’ dan Klik ‘SIMPAN’



    (vii) Pilih ‘PENGAKUAN PEMOHON’ dan klik ‘SETUJU’ dan klik ‘HANTAR’


     
  3. Bagaimana calon dimaklumkan mengenai panggilan temu duga?
    Pihak SPA akan menghubungi calon – calon melalui surat/emel/sms untuk memaklumkan mengenai penjadualan temu duga. Calon – calon juga boleh membuat semakan di Portal SPA dari semasa ke semasa.

  4. Apa yang perlu dibawa semasa temu duga ?
    Calon perlu membawa bersama resume bergambar serta dokumen asal dan salinan seperti berikut:
    • Sijil Kelahiran;
    • Kad Pengenalan;
    • Sijil SPM;
    • Transkrip dan skrol ijazah;
    • Sijil Pendaftaran dengan Badan Profesional; dan
    • Surat tawaran biasiswa (jika berkaitan)

  5. Bilakah saya akan mendapat tawaran jika berjaya temu duga ?
    Calon – calon yang berjaya temu duga akan dimaklumkan di Portal SPA dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh akhir temu duga. Surat tawaran akan dikemukakan kepada calon melalui pos.

  6. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:
    Puan Normah binti Muslim - 03-8885 6313
    normahm@spa.gov.my

    Puan Noor Shahida binti Ramli - 03-8885 6372
    shahida@spa.gov.my

    Cik Zuraini binti Hamdan - 03-8885 6338
    zuraini@spa.gov.my