Breadcrumb Breadcrumb

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Kelayakan PT3/PMR/SRP

 
  • PERINGATAN
    Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk PT3/PMR/SRP perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
     
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR)
    (dilaksanakan mulai 1993)

    Calon yang memiliki keputusan PMR seperti berikut adalah layak untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PMR/SRP iaitu:
    1. Memperoleh sekurang - kurangnya Gred ‘D’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik; dan
    2. Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan Kepujian dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang - kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan.

  • Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
    (dilaksanakan mulai 2014)

    Calon yang memiliki kelayakan PT3 seperti berikut adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3/PMR iaitu:
    1. Memperoleh sekurang - kurangnya Gred 'E' dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik;dan
    2. Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan 'kepujian' dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang - kurangnya Gred 'C' dalam mata pelajaran berkenaan.