Urusan Separa Perubatan Urusan Separa Perubatan

Urusan Separa Perubatan

  1. Berapa kali sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan ?
    Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dijalankan 2 kali setahun (sesi kemasukan Januari dan Julai).

  2. Di manakah tempat Latihan Separa Perubatan ?
    Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kolej Swasta yang diiktiraf oleh kerajaan.

  3. Berapa lama tempoh Latihan Separa Perubatan ?
    Sijil - 2 ½ tahun
    Diploma - 3 tahun

  4. Saya seorang pegawai yang sedang berkhidmat sebagai penjawat awam. Adakah saya boleh memohon untuk mengikuti latihan separa perubatan ?
    Boleh dengan memohon permohonan sebagai Pegawai Sedang Berkhidmat di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) asalkan tidak melebihi umur 38 tahun dari tarikh permohonan.