Breadcrumb Breadcrumb

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

SPA Volunteer (SPAVOL)

  • Pengenalan:
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menubuhkan SPA Volunteer (SPAVOL) yang merupakan gabungan di antara sukarelawan warga SPA dan orang awam yang mendaftar dengan SPA untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kesukarelaan dalam membantu masyarakat yang memerlukan di dalam mahupun di luar negara.
     
    SPAVOL telah dilancarkan dengan rasminya oleh penaung SPAVOL, YBhg. Tan Sri Arpah Abd Razak, Pengerusi SPA pada 17 Mei 2017 ketika Majlis Penutup Program High Impact Volunteer Training yang diadakan di Kem Bina Negara Balik Pulau, Pulau Pinang.
  • Objektif:
    • Memupuk semangat kesukarelaan di kalangan warga SPA dan rakyat Malaysia;
    • Menjalinkan hubungan yang baik di antara warga SPA dan masyarakat;
    • Menyebar luas maklumat yang tepat dan betul berkaitan fungsi SPA kepada orang awam;
    • Membantu masyarakat dan agensi-agensi tertentu yang memerlukan; dan
    • Melaksanakan kerja kebajikan dan kesukarelaan dari semasa ke semasa.
  • Fokus aktiviti-aktiviti SPAVOL meliputi:
    • Education based volunteering
    • Skills based volunteering
    • Environmental volunteering
    • Emergency volunteering
    • Virtual volunteering
    • Volunteering in depressed areas (kawasan mundur)
    • Transnasional volunteering (gotong royong)
    • Corporat volunteering
  • Untuk mendaftar, sila layari pautan berikut : SPA Volunteer (SPAVOL)
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook SPAVOL di SPA Volunteer (SPAVOL)