Breadcrumb Breadcrumb

Kandungan Jurnal Kandungan Jurnal

Hadir Temu Duga

  • Semasa hadir temu duga:

    1. Anda dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal dan salinan semasa temu duga serta disusun mengikut turutan seperti berikut:

      1. Resume bergambar
      2. MyKad dan Sijil Kelahiran;
      3. Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan kewarganegaraan ibu/ bapa (jika berkenaan);
      4. SPM/ SPM(V) atau setaraf;
      5. Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
      6. STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ skrol dan transkrip bagi pemegang Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah. Calon adalah dikehendaki untuk menyediakan terjemahan transkrip dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris bagi yang menggunakan bahasa lain. (jika berkenaan);
      7. Surat Pengesahan Senat/ Jawatankuasa berkaitan dan juga mini transkrip akademik. (jika berkenaan - bagi calon yang belum memperolehi skrol ijazah/ diploma);
      8. Ijazah Sarjana Muda dan transkrip akademik bagi calon yang memiliki Sarjana/ Doktor Falsafah;
      9. Slip keputusan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan bagi pegawai Peningkatan Secara Lantikan;
      10. Surat tawaran biasiswa bagi pemegang biasiswa JPA (jika berkenaan);
      11. Sijil Pendaftaran Orang Kurang Upaya/ Surat pengesahan penerima eKasih (jika berkenaan);
      12. Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas (jika berkenaan);
      13. Sijil kegiatan luar (Dokumen Asal Sahaja);
      14. Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Surat Perakuan Ketua Jabatan (di pautan http://www.spa.gov.my/web/guest/pegawaisedangberkhidmat), LNPT terkini, Perisytiharan Harta dan Penyata Gaji akhir untuk pegawai lantikan tetap dalam perkhidmatan awam/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun; dan
      15. Salinan Pengakuan Perkhidmatan Anggota (BAT D 92B) dan Kenyataan Perkhidmatan (BAT.D.132/KEW 14) yang disahkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (bagi calon Bekas Tentera Malaysia sahaja).

    2. Anda juga dikehendaki:

      1. melengkapkan resume di pautan myResume;
      2. memuat naik sijil akademik SPM dan STPM/ STAM/ Sijil Matrikulasi KPM/ skrol dan transkrip bagi pemegang Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah jika berkaitan) sebelum menghadiri temu duga pada tarikh yang telah ditetapkan;
      3. mencetak senarai semak temu duga seperti yang terdapat pada sistem myResume bagi temu duga untuk jawatan Gred 41 dan ke atas sahaja;
      4. menyemak pengiktirafan akademik (Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di pautan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan melampirkan cetakan status pengiktirafan semasa menghadiri temu duga; dan
      5. berada di pusat temu duga 30 minit lebih awal dari masa yang dijadualkan dan berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

    3. Kegagalan tuan/ puan untuk mematuhi perkara 1 dan 2 serta mengemukakan maklumat palsu boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.

    4. Keputusan temu duga boleh diketahui dalam tempoh 30 hari dari tarikh akhir temu duga dengan melayari Portal Rasmi SPA.

Pertanyaan Melalui E-mel