Accessibility Tools

Skip to main content

SPM/SVM

Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S1

Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Kementerian/Jabatan : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jadual Gaji
Gaji Minimum


:

RM1,500.00

Gaji Maksimum

: RM4,680.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

: RM100.00
Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      • Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; serta
      • Lulus dalam subjek Bahasa Arab, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).

      (Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,500.00); atau

    2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,561.00); atau

    3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,622.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3.
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024
Your message here