KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
: |
PERTANIAN |
KUMPULAN PERKHIDMATAN |
: |
PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU) |
SYARAT LANTIKAN |
: |
1. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED E1
-
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,561.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,622.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,622.00).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED E5
-
- Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,731.00); atau
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,812.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E5: RM1,893.00).
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED E9
-
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,470.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM2,690.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,020.00); atau
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,020.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,130.00) atau
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E9: RM3,240.00).
[Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(c )(v) dan 1(c )(vi) adalah seperti di Lampiran B11B].
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU |
: |
2. |
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. |
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN |
: |
3. |
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. |
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN |
: |
4. |
Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
- memenuhi tempoh percubaan;
- hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E2 |
: |
5. |
Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E2 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E3 |
: |
6. |
Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E3 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E5 |
: |
7. |
- Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E1 atau Gred E2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/ Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E5 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E5 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E6 |
: |
8. |
Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E6 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E7 |
: |
9. |
Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E7 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E9 |
: |
10. |
- Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E5 atau Gred E6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/ Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E9 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mempunyai kelayakan di perenggan 1(C);
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E9 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E10 |
: |
11. |
- Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E10 yang kosong apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E9 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E10 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- disahkan dalam perkhidmatan;
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kriteria kecermelangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E12 |
: |
12. |
- Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E12 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E10 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E12 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kriteria kecermelangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E13 |
: |
13. |
- Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E13 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E13 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kriteria kecermelangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE GRED E14 |
: |
14. |
- Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/ Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E14 yang kosong apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
- Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E14 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
- memenuhi kriteria kecermelangan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan;
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
|
KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI |
: |
15. |
Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan Gred E14 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. |
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pembantu Pegawai Latihan/Penolong Pegawai Latihan/Pegawai Latihan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016). |