Penolong Arkitek Landskap Gred JA29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,549.00 RM5,701.00 RM 145.00
  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
      1. sijil dalam bidang teknologi landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan)
        (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
      2. sijil dalam bidang perancang bandar, kejuruteraan awam (seni bina) atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
      3. diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Deskripsi Tugas:
    • Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja lapangan, surihan, penyediaan lukisan ilustrasi, penyediaan pelan dan dokumentasi, pemantauan, pemuliharaan landskap, penyelidikan dan pengurusan.
    • Melaksanakan kerja-kerja pengumpulan maklumat untuk perancangan dan reka bentuk projek pembangunan landskap.
    • Menyediakan cadangan reka bentuk, pelan-pelan konsep dan laporan cadangan kos projek-projek pembangunan landskap.
    • Melaksanakan pembinaan projek pembangunan landskap dan menyedia program pembangunan rekreasi.
    • Melaksanakan kerja-kerja pemantauan penggunaan dan penguatkuasaan dasar, akta, garis panduan dan peraturan berhubung dengan landskap.