Accessibility Tools

Skip to main content

Februari 2013 Aktiviti 7

  • Ahli Suruhanjaya Baharu

    S.P.A, 19 Februari ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah menerima dua (2) orang Ahli Suruhanjaya yang baru iaitu YBhg. Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan Tuan Haji Sumali Amat. Upacara mengangkat sumpah telah dilakukan dihadapan Hakim Mahkamah Rayuan, Y.A. Dato' Haji Mohd. Zawawi Salleh di Istana Kehakiman di Putrajaya petang tadi dengan diiringi Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Bin Nasuredin. Selepas upacara mengangkat sumpah, YBhg. Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan Tuan Haji Sumali Amat telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan menandatangani surat penerimaan jawatan secara rasmi.  ------  MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 15

  • BERITA RINGKAS 14 Ogos : Kunjungan Hormat Pengerusi S.P.A Ke Atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

    PUTRAJAYA, 14 Ogos ------ Pengerusi S.P.A, Dato’ Seri Arpah Abdul Razak membuat kunjungan hormat Ke atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun semalam. Turut mengiringi Pengerusi S.P.A Setiausaha Puan Lim Mooi Eia. Kunjungan hormat selama 55 minit itu di adakan di pejabat Menteri itu di Putrajaya. ------  MediaSPA

 

Continue reading

Julai 2012 Aktiviti 4

  • Sesi Interaksi Pengerusi SPA

PUTRAJAYA 13 Julai ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Sesi Interaksi Pengerusi SPA Bersama Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah bidang kuasa SPA. Majlis yang di adakan di Auditorium JPM petang semalam dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Sesi interaksi yang dihadiri oleh wakil-wakil Kementarian dan Jabatan ini adalah sesi yang ke dua di adakan di Putrajaya setelah ia diadakan pada 8 Jun 2012 yang lalu. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

September 2016 Aktiviti 1

  • BERITA RINGKAS 2 Sept  Mesyuarat SPKP Kali Ke-130

    PUTRAJAYA, 2 September ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan Mesyuaratnya yang ke-130 pada 2 September 2016 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak, Pengerusi SPKP dan turut dihadiri oleh Ahli-Ahli SPKP iaitu YBhg. Peguam Negara, Yang Amat Arif Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan Setiausaha SPKP, YBhg. Dato' Zainal Abidin Ahmad. Turut hadir mesyuarat berkenaan adalah Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, kenaikan pangkat, surcaj dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.  ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Ogos 2015 Aktiviti 16

  • BERITA RINGKAS 14 Ogos : Majlis pelancaran sambutan bulan Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang Kompleks C 2015

    PUTRAJAYA, 14 Ogos ------ abatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini telah mengadakan majlis pelancaran sambutan bulan Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang Kompleks C 2015. Majlis yang diadakan di Dataran Kompleks C itu telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Turut hadir Setiausaha S.P.A Puan Lim Mooi Eia serta warga Kompleks C. ------  MediaSPA

 
 
 

Continue reading

November 2020 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman

PUTRAJAYA 20 November ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) telah mengadakan mesyuarat yang ke-146 secara dalam talian di Putrajaya pada Jumaat. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPKP, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman yang turut dihadiri Ahli-Ahli SPKP iaitu Peguam Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya, YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak, YA Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Setiausaha SPKP, Datuk Zohari Said. Hadir sama Peguam Cara Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan pegawai-pegawai Urus Setia SPKP. Mesyuarat telah menimbangkan kertas-kertas bagi urusan pelantikan, pemangkuan, tatatertib dan isu-isu dasar perkhidmatan berkaitan Pegawai Undang-Undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

Julai 2012 Aktiviti 3

  • Mesyuarat Pertengahan Penggal SKT 2012

KUALA LUMPUR 11 Julai ------ Mesyuarat Pencapaian Pertengahan Penggal Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2012 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yang diadakan di Hotel Saujana Kuala Lumpur, telah berakhir petang tadi. Mesyuarat dua hari yang bermula semalam, telah di pengerusikan oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Februari 2013 Aktiviti 8

  • Pengerusi S.P.A Serah Surat Tawaran Lantikan Ke Perkhidmatan Awam

    S.P.A, 21 Februari ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah menyampaikan surat tawaran lantikan ke perkhidmatan awam kepada 298 calon yang telah berjaya dalam temu duga yang dijalankan oleh S.P.A baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Pengerusi S.P.A YBhg. Dato' R. Segarajah, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan S.P.A. Majlis Khas tersebut telah berlangsung di Dewan Temu Duga S.P.A Putrajaya. Dalam ucapan yang disampaikan oleh Tan Sri Mahmood Adam, "Inilah kali pertama S.P.A menyerahkan surat secara terus kepada calon yang berjaya dan ini merupakan Transformasi yang ke-36 dilakukan oleh S.P.A". Majlis khas pada hari ini melibatkan calon-calon bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41, Pegawai Perubatan Gred UD41, Pegawai Farmasi Gred U41, Pegawai Pergigian Gred U41, Penolong Pegawai Teknologi maklumat Gred F29 dan Penolong Pegawai Penguat kuasa Gred N27. Satu sidang media turut diadakan selepas majlis penyampaian berakhir.  ------  MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

September 2016 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29 Tahun 2016

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 29/2016 telah membincangkan dan meluluskan pelantikan seramai 3,572 orang dan seramai 1,026 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, tiga orang (23) orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan tiga orang (3) telah ditamatkan perkhidmatan. Selain itu suruhanjaya juga telah membincangkan dan mempertimbangkan satu (1) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan tujuh belas (14) kertas Lembaga Rayuan Tatatertib.

 
 

Continue reading

Ogos 2020 Aktiviti 1

  • Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Ke Pusat Temu Duga SPA Negeri Kedah

KEDAH 06 Ogos ----- YBhg. Datuk Zohari bin Said, Setiauasaha SPA telah mengadakan tinjauan mesra ke Pusat Temu Duga SPA Kedah bagi meninjau perkembangan pembaikan penghawa dingin bangunan Pusat Temu Duga SPA Kedah yang dijangka akan selesai pada Disember 2020 di samping memantau pematuhan SOP temu duga dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

 
 
  • Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah

    KEDAH 06 Ogos ----- YBhg. Datuk Zohari bin Said, Setiausaha SPA turut mengadakan lawatan rasmi ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman di samping mengeratkan hubungan antara SPA Malaysia dan SPA Negeri Kedah.
 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 19

  • "Tiada peperiksaan khas Untuk mereka yang gagal dalam peperiksaan" ----- Pengerusi SPA

SPA 30 Jun ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, tiada peperiksaan khas kepada Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) bertaraf kontrak yang gagal dalam peperiksaan yang akan tamat kontraknya pada penghujung tahun ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan salah seorang PTD (Kontrak) dalam sesi soal jawab di majlis taklimat persediaan menduduki Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan PTD Gred M41 di dewan Temu duga Aras 6 pagi tadi. Seramai 80 orang PTD (Kontrak) hadir di majlis itu. Semua pegawai-pegawai yang hadir ini tidak lulus ujian peperiksaan dari tahun 2008, 2009 dan 2010. ”Tiada peperiksaan khas untuk anda, ia terbuka untuk semua”, ujarnya. Beliau juga tidak mahu mereka menyalahkan mana-mana pihak apabila gagal dalam peperiksaan. Menjawab satu soalan lagi, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata, SPA tidak boleh berjanji akan mengadakan peperiksaan semula dalam masa terdekat atau menyambung kontrak PTD yang akan tamat. Bagaimanapun mereka ini boleh kembali ke jawatan asal. Hadir sama, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam dan Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad. Terdahulu dari itu satu sesi penerangan mengenai sukatan peperiksaan dan Assesment Centre telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Peperiksaan, Puan Faidzah Arshad. Penerangan mengenai penulisan Karangan Bahasa Melayu telah disampaikan oleh Puan Sri Halimah Abdul Majid dari SMK Putrajaya dan penulisan Karangan Bahasa Inggeris oleh Puan Usha Diane a/p Dannis dari SMK Convent Bukit Nenas. ------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Februari 2013 Aktiviti 9

  • MESYUARAT SURUHANJAYA BIL. 7 BAGI TAHUN 2013

    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 7/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan 29 Kertas Rayuan Tatatertib dan empat (4) kertas Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 531 orang dan seramai 717 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 25 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan seramai empat (4) orang pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.

 
 
 

Continue reading