Jurubahasa Gred LA5

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
SYARAT LANTIKAN : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED LA1
Jurubahasa Bahasa Melayu atau Jurubahasa Selain Bahasa Melayu

    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred L1: RM1,500.00); atau

    2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred LA1: RM1,561.00); atau

    3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred L1: RM1,622.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED LA5
Jurubahasa Bahasa Melayu atau Jurubahasa Selain Bahasa Melayu

    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred LA5: RM1,650.00); atau

    2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred LA5: RM1,650.00); atau

    3. Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred LA5: RM1,650.00); atau

    4. Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred LA5: RM1,893.00).

SYARAT UJIAN LISAN BAHASA/DIALEK : 2. Calon bagi lantikan Jurubahasa selain Bahasa Melayu hendaklah lulus Ujian Lisan bahasa/dialek berkaitan yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : 3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN : 4. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN : 5. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
  1.  memenuhi tempoh percubaan;
  2. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED LA2 : 6. Jurubahasa Gred LA1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA2 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED LA3 : 7. Jurubahasa Gred LA2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA3 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED LA5 : 8.
  1. Jurubahasa Gred LA2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA3 yang kosong apabila telah:
    1. disahkan dalam perkhidmatan;
    2. mempunyai kelayakan di perenggan 1(b);
    3.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    4. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    5. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
  2. Jurubahasa Gred LA3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA5 yang kosong apabila telah:
    1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
    2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
    3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED LA6 : 9. Jurubahasa Gred LA5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA6 yang kosong apabila telah:
  1. disahkan dalam perkhidmatan;
  2.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  3. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  4. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED LA7 : 10. Jurubahasa Gred LA6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA7 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT KE GRED LA8 : 11. JJurubahasa Gred LA7 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Jurubahasa Gred LA8 yang kosong apabila telah:
  1.  mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  2. memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
SYARAT PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN KE
JAWATAN PENOLONG
PEGAWAI UNDANG-UNDANG
GRED L5
: 12. Jurubahasa Gred LA1, LA2 atau LA3 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L5 yang kosong mengikut syarat syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
SYARAT PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN KE
JAWATAN PEGAWAI
UNDANG-UNDANG GRED L9
: 13. Jurubahasa Gred LA5, LA6, LA7 atau LA8 yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L9 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
DESKRIPSI TUGAS : Bertanggungjawab menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/ merekodkan prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan Buku Ekshibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan harian/ bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada Hakim.
Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Jurubahasa yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016).