Accessibility Tools

Skip to main content

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Latihan Juruteknologi Pergigian

Taraf Latihan : Diploma
Sesi Pengambilan : Julai setiap tahun
Tempoh Latihan : Tiga (3) tahun
Tempat Latihan :
  1. Pusat Pergigian Kanak-Kanak (PPKK) & Institut Latihan KKM Georgetown (Pergigian)
Syarat Minimum Kelayakan Akademik Pada Peringkat SPM/setaraf :
  1. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred 6/C) dalam:
    1. Bahasa Melayu;
    2. Matematik;
    3. Biologi
    4. Kimia atau Fizik; dan
    5. Bahasa Inggeris; serta
  2. Lulus (sekurang-kurangnya Gred 8/E) dalam satu (1) subjek lain.
Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 :
  1. Pemohon hendaklah memastikan hanya keputusan SPM yang sah didaftarkan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SPM”. Keputusan SPM yang sah adalah sijil rasmi SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan bukan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM atau slip keputusan SPM.
  2. Pemohon yang berminat boleh mendaftarkan Latihan Juruteknologi Pergigian di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Jawatan Dimohon” -> “Latihan Separa Perubatan” -> pilih jenis Latihan Separa Perubatan yang berkenaan dan klik butang Tambah.
  3. Pemohon PSB dan PSL hendaklah memastikan maklumat sedang berkhidmat didaftarkan dengan lengkap dan teratur di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat”.

Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Your message here