SPM/SVM
SYARAT KELAYAKAN MINIMUM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)
- Kelayakan SPM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
- Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:
- dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
- dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.
- Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.
(Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)
- Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:
- Kelayakan SVM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam
- Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:
- mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C); dan
- kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.
- Pemohon yang memiliki kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)
- Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:
- Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024) - Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1, 2 dan 3 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis atau tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis atau tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:
Jawatan dan Gred Pangkat terakhir ketika berkhidmat sebagai anggota polis/tentera Pembantu Pertahanan Awam
Gred KP1Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya Pembantu Keselamatan
Gred KP1Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya Pembantu Penguat Kuasa
Gred KP1Sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya Pegawai Bomba
Gred KB1Sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1 (Rujukan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024)