Accessibility Tools

Skip to main content

SPM/SVM

Pengawas Hutan Gred G1

Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian
Kumpulan Perkhidmatan  : Pelaksana
Kementerian/Jabatan : Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Jadual Gaji
Gaji Minimum


:

RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Sekolah Latihan Perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,561.00); atau

    2. SPM dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau Institut Latihan Perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

      (Gaji permulaan ialah pada Gred G1: RM1,622.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3.
  • Pemohon hendaklah mendaftarkan kelayakan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Pengajian Tinggi”.
 Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024
Your message here