Accessibility Tools

Skip to main content

SPM/SVM

Pembantu Muzium Gred S1

Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Kementerian/Jabatan : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Jabatan Muzium Malaysia

Jadual Gaji
Gaji Minimum


:

RM1,500.00

Gaji Maksimum

:

RM4,680.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

:

RM100.00

Syarat Lantikan : 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam salah satu subjek Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut.

      (Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,500.00); atau

    2. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,561.00); atau

    3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

      (Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,622.00).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu : 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Panduan Pendaftaran Di Dalam SPA9 : 3.
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024
Your message here