MELAKA, 19 Mac------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah membuat lawatan rasmi ke Penjara Sungai Udang, Melaka. Delegasi SPA telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Abd Rahman Husin. Hadir sama Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha, Timbalan-timbalan Setiausaha dan pegawai-pegawai kanan SPA. Satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran, Encik Nik Ahmad Zaki Nik Ismail. Terdahulu dari itu, delegasi SPA telah dibawa melawat sekitar Penjara dan menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat kepada banduan. ------MediaSPA