Accessibility Tools

Skip to main content

Ogos 2019 Aktiviti 6

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil.26 Tahun 2019 dan Mesyuarat Khas Bil.3 Tahun 2019

Mesyuarat Suruhanjaya Bil.26 Tahun 2019 dan Mesyuarat Khas Bil.3 Tahun 2019 telah diadakan pada 26 hingga 27 Ogos 2019 bertempat di Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Pengerusi SPA dan dihadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya serta barisan pengurusan atasan SPA. Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi melihat semula pelaksanaan dasar-dasar sedia ada di bawah SPA, membincangkan penambahbaikan dalam pelaksanaan strategi SPA serta berkongsi pandangan dalam memacu hala tuju SPA. YBrs. Tuan Zohari Bin Said, Setiausaha SPA, turut mengambil peluang melawat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Cawangan Sabah dan diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Ikhbal Hanam bin Mukras, TSU(S), YBrs. Tuan Haji Ghazali bin Hizam, TSU(R) serta Puan Ervinah Kebahi @ Syafarina Binti Ibrahim, Setiausaha Bahagian SPA Cawangan Sabah. Selain itu, pihak urusetia Bahagian Urusetia Mesyuarat SPA turut membuat kejutan dengan menyediakan kek untuk YBhg. Tan Sri sempena hari lahir beliau pada 24 Ogos 2019 lalu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2020 Aktiviti 1

  • Bengkel Konfigurasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA Sesi 1/2020

Bengkel Konfigurasi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA Sesi 1/2020 oleh En. Mior Hasrul Affendi bin Mior Ahmad dari Biro Pengaduan Awam, JPM pada 21 - 22 Januari 2020 di Bilik Latihan, Bahagian Pengurusan Maklumat, Aras 8, Blok C7, Kompleks C, SPA, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

 
 
 
 

Continue reading

Januari 2020 Aktiviti 2

  • Majlis Amanat Tahun Baharu 2020

Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 pada 13 Januari 2020. Majlis dihadiri YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman, Pengerusi SPA, YBhg. Dato' Sri Zoal Azha Yusof, Timbalan Pengerusi, YBhg. Datuk Zohari Said, Setiausaha SPA, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Pada majlis ini juga, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim telah melancarkan Video Korporat SPA.

 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2020 Aktiviti 3

  • Berita Ringkas 21 Januari ----- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 3/2020 di Kompleks F

PUTRAJAYA 20 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 3/2020 di Kompleks F, Putrajaya semalam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tan Sri Zainal Rahim Seman. Turut hadir Timbalan Pengerusi SPA, Dato' Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha, Datuk Zohari Said dan pegawai-pegawai kanan SPA.----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Oktober 2019 Aktiviti 4

  • BERITA RINGKAS 21 Okt ----- Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

PUTRAJAYA 18 Okt ----- Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Peperiksaan dipilih menerima anugerah khas Pengerusi SPA yang diumumkan di Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih 2019 pada Jumaat lepas. Anugerah ini diberikan atas kecemerlangan dan komitment Bahagian ini dalam meningkatkan kualiti dan imej Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Terdahulu Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada pesara dan bakal pesara. Turut diraikan ialah pentadbir pusat temu duga yang telah berkhidmat bersama SPA. Penghargaan jasamu dikenang turut diberikan kepada pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan iaitu Allahyarhamah Azura Zainal dan Allahyarham Munir Mansor. Pengerusi SPA juga mengilhamkan anugerah Pegawai Berketerampilan terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pengurusan Tertinggi, Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Manakala Mohd. Zamrin Kassim dan Nur Izwani Azman dari Bahagian Pengambilan Khas, dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati SPA. Turut hadir ke Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih, Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, En Zohari Said pegawai-pegawai kanan dan warga SPA ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Januari 2020 Aktiviti 5

  • Berita Ringkas 17 Januari ----- Perhimpunan Bulanan SPA Januari 2020

PUTRAJAYA 13 Januari ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), telah mengadakan perhimpunan bulanan bagi bulan Januari 2020. Majlis dihadiri Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman, Timbalan Pengerusi, Dato' Sri Zoal Azha Yusof, Setiausaha SPA, Datuk Zohari Said, Ahli-Ahli Suruhanjaya, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Pada perhimpunan itu juga, Tan Sri Zainal Rahim telah melancarkan Video Korporat SPA dan menyampaikan kit kepada pegawai-pegawai baharu. Terdahulu Datuk Zohari Said telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2020. ----- MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Your message here