Accessibility Tools

Skip to main content

Jun 2012 Aktiviti 9

  • Pelbagai Pembaharuan Akan Dilaksanakan SPA - Tan Sri Mahmood Adam

BINTULU 15 Jun ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood bin Adam berkata kini SPA telah membuat beberapa penambahbaikan dan pembaharuan dalam melaksanakan urusan-urusan pengambilan dan lantikan pegawai awam. Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Interaksi dengan Jabatan-Jabatan Persekutuan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan di Bintulu, Sarawak petang semalam. Hadir sama, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sarawak, Encik Mohd Saiful Sungkih bin Abdullah. Di antara pembaharuan yang dilaksanakan SPA adalah calon boleh memohon untuk ditemu duga pada waktu malam, boleh mengisi permohonan lebih dari 5 jawatan ataupun seseorang calon yang mempunyai kelayakan Ijazah, boleh memohon jawatan kerani atau Pembantu Tadbir ”Inilah transformasi yang dibuat oleh SPA, dan SPA boleh memperoleh penjawat awam yang berkualiti”. Tambahnya lagi, “itulah harapan dan antara produk-produk baru kita (SPA) kepada masyarakat”------ MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 8

  • Perjumpaan Khas Tan Sri Mahmood Adam Dengan Media Massa/Elektronik Berbahasa Tamil

SPA 14 Jun ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam hari ini telah mengadakan pertemuan khas dengan media massa/elektronik berbahasa Tamil. Perjumpaan yang diadakan di bilik Mesyuarat Suruhanjaya turut dihadiri Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Ahli Suruhanjaya Encik Perumal a/l Govindarajoo, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. Pertemuan YBhg. Tan Sri Pengerusi dengan media berbahasa Tamil tersebut adalah bertujuan untuk memberikan maklumat dan memohon bantuan pihak media supaya dapat menghebahkan tentang kemudahan/faedah penjawat awam, gaji dan jawatan-jawatan yang ditawarkan seterusnya menarik minat kaum India untuk berkhidmat dalam sektor awam------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 7

  • SPA Laksana Sesi Temu Duga Waktu Malam

SPA 13 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah melaksanakan sesi temu duga pada waktu malam buat pertama kalinya bermula hari ini. Seramai tiga (3) orang calon hadir untuk ditemu duga bagi jawatan Pembantu Penyelidik. Sesi temu duga yang bermula jam 8.00 malam telah diadakan di Dewan Temu Duga Aras 6, Putrajaya. Terdahulu dari itu, sesi temu duga pada waktu malam dan pada hujung minggu telah diumumkan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi SPA pada majlis pertemuan dengan media dan di Majlis Interaksi Pengerusi SPA bersama Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri dibawah bidang kuasa SPA di Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC, Putrajaya, minggu lepas------ MediaSPA

 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 6

  • SPA Sertai Karnival Kerjaya Di Melaka

SPA 11 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengambil bahagian dalam Pameran Kerjaya sempena Pesta Sungai Melaka 2012 yang berlangsung di Dataran Sungai Melaka, Bandar Hilir Melaka pada 9 dan 10 Jun 2012 (Sabtu dan Ahad). Lebih daripada 20 agensi Kerajaan dan Swasta terlibat dalam menjayakan Karnival Kerjaya anjuran Kerajaan Negeri Melaka. SPA yang turut terlibat dalam pameran kerjaya tersebut telah membuka kaunter bagi memberi penerangan dan khidmat nasihat berkaitan urusan pengambilan dalam perkhidmatan awam kepada pelanggan yang hadir. Calon juga boleh membuat semakan status permohonan mereka. Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo turut hadir ke tapak pameran diiringi oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Mohd Nazri Bin Dollah. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 5

  • Majlis Interaksi Pengerusi SPA Bersama Kementerian, Jabatan Dan Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang Kuasa SPA

PUTRAJAYA 11 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan satu Majlis Interaksi Pengerusi SPA bersama Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri dibawah bidang kuasa SPA di Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC, Putrajaya, Jumaat lepas. Wakil dari Kementerian dan Jabatan yang hadir telah mengemukakan pelbagai soalan dan masalah yang dijawab oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam. Hadir sama, Timbalan Pengerusi, YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Terdahulu dari itu, Pengerusi SPA dalam ucapan aluannya, mengucapkan terima kasih kepada wakil dari Kementerian dan Jabatan kerana telah menyambut baik Majlis Interaksi yang diadakan oleh SPA. YBhg. Tan Sri Mahmood juga bersetuju untuk mengadakan dialog seperti ini lebih kerap lagi supaya pelbagai masalah yang timbul di antara SPA, Kementerian, Jabatan dan Pentadbiran Negeri di bawah bidang kuasa SPA dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan cepat. Sejurus selepas majlis selesai, Pengerusi SPA telah mengadakan sidang media sempena majlis tersebut di tempat yang sama. ------ MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 4

  • Lawatan Dari Kementerian Perkhidmatan Awam Arab Saudi

SPA 8 Jun ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah menerima pelawat dari Kementerian Perkhidmatan Awam, Arab Saudi semalam. Delegasi yang di ketuai oleh Dr. Mansour bin Abdul Aziz Al-Ma’shooq, telah disambut oleh Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Taklimat ringkas mengenai SPA telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Pengambilan, Encik Zainal Abidin Ahmad bertempat di bilik Mesyuarat Setiausaha. Delegasi kemudian dibawa melawat ke Dewan Temu Duga Aras 6. ------ MediaSPA

Continue reading

Mei 2017 Aktiviti 9

  • BERITA RINGKAS 25 Mei ----- Lawatan Kerja Ahli-Ahli Suruhanjaya Ke Penjara Penor, Kuantan Pahang

KUANTAN, 24 Mei ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Penor, Kuantan Pahang, semalam. Delegasi SPA telah diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Tan Sri Arpah Abdul Razak. Satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Komisioner Penjara, Arifin Mohd Noor. Selesai sesi taklimat, YBhg. Tan Sri Arpah dan Ahli-Ahli Suruhanjaya dibawa melawat ke Bengkel Tenun Penjara Penor. Terdahulu YBhg. Sri Arpah telah mempengerusikan mesyuarat mingguan Suruhanjaya yang turut dihadiri oleh Setiausaha SPA YBhg. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Ahli-Ahli Suruhanjaya dan pegawai-pegawai kanan SPA. MediaSPA

 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 3

  • Perjumpaan Khas YBhg. Tan Sri Mahmood Adam Bersama Warga SPA

SPA 6 Jun ------ Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mahukan supaya SPA mudah didekati dan berada dihati rakyat seperti yang diinginkan oleh pucuk pimpinan negara ini. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perjumpaan Khas Bersama warga SPA yang diadakan di Dewan Temu Duga Putrajaya Aras 6, petang tadi. Beliau juga mahukan semua urusan bersama pelanggan dipermudah atau dipercepatkan, “Kita perlu berusaha untuk mempercepat dan memudahkan urusan dengan pelanggan seperti bersedia mengadakan urusan temu duga atau kursus pada waktu malam mengikut permintaan”. Ujarnya lagi, beliau meminta supaya SPA memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang cara atau teknik untuk lulus dalam peperiksaan khas yang dianjurkan oleh SPA, dan memberi maklumat yang tepat mengapa seseorang calon tidak berjaya dalam peperiksaan atau pun temu duga. Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Pengerusi SPA, YBhg Dato’ Segarajah Ratnalingam, Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia, pegawai-pegawai kanan dan warga SPA. Sejurus selepas majlis perjumpaan bersama Warga SPA, YBhg. Tan Sri Pengerusi mengadakan perjumpaan khas bersama media yang diadakan di Anjung Ilham. ------ MediaSPA

 
 

Continue reading

Jun 2012 Aktiviti 2

  • Dato' Segarajah Ratnalingam, Timbalan Pengerusi SPA

SPA 4 Jun ------ YBhg. Dato’ Segarajah Ratnalingam telah dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berkuat kuasa hari ini. Upacara majlis mengangkat sumpah jawatan telah dilakukan dihadapan YA Tan Sri Suriyadi bin Halim Omar, Hakim Mahkamah Persekutuan. Hadir mengiringi upacara angkat sumpah tersebut, Setiausaha Bahagian Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Perundangan, Encik Anuar Othman dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin. ------ MediaSPA

 

Continue reading

Your message here