Accessibility Tools

Skip to main content

Mei 2012 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya di Pulau Pinang

PULAU PINANG, 7 Mei -----  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 15/2012 (2578) di Pulau Pinang. Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA, YBhg. Dato' Lamien Sawiyo, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Pada sebelah petang, Ahli-Ahli Suruhanjaya membuat lawatan rasmi ke Taman Negara Teluk Bahang. ----- MediaSPA

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 3

  • KSN Ucap tahniah Kepada SPA, Raih 3 Anugerah Pencapaian Sukan

PUTRAJAYA, 8 Mei -----  Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di atas kejayaan merangkul 3 Anugerah Pencapaian Sukan Jabatan Perdana Menteri 2011 di dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah memenangi Anugerah Olahragawan JPM yang disandang oleh Joharry Othman dari Bahagian Peperiksaan menewaskan calon dari Jabatan Insolvensi Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Anugerah kedua dimenangi oleh Mohd Rizal Tisin yang memenangi Anugerah Khas Sukan menewaskan calon dari Unit Perancang Ekonomi. Anugerah ketiga yang dimenangi SPA adalah Anugerah Pasukan Terbaik Jabatan Perdana Menteri yang dimenangi oleh Pasukan Bolasepak SPA FC menewaskan pasukan Dragon Boat dari JPM. YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menyampaikan hadiah-hadiah berupa wang tunai, sijil dan piala. Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Setiausaha Bahagian Urus Setia Mesyuarat, Encik Shafarin Nasuredin telah hadir di dalam majlis penyampaian anugerah tersebut. Terdahulu dari itu, Ketua Setiausaha Negara telah menyampaikan sijil kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. ----- MediaSPA

 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 4

  • Lawatan Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Nepal

SPA, 8 Mei -----  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini telah menerima lawatan rasmi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Nepal. Delegasi seramai 6 orang daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negara tersebut telah diketuai oleh Ahli SPA Nepal, Hon. Krishna Prasad Pokharel. Ketibaan rombongan telah disambut Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo serta pegawai kanan SPA. Sejurus tamat sesi taklimat yang berlangsung di bilik Mesyuarat Suruhanjaya aras 10, delegasi telah dibawa melawat dewan temu duga di aras 6 dengan diiringi oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo. Terdahulu dari itu, Hon. Krishna Prasad Pokharel telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Abdul Rahman Husin, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Menunaikan fungsi Pengerusi SPA mengikut Perkara 142(3A) Perlembagaan Persekutuan). ----- MediaSPA

 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 5

  • Mesyuarat Agong PUSPANITA Cawangan Kecil SPA

SPA, 11 Mei -----  Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo hari ini telah merasmikan Mesyuarat Agong PUSPANITA 2012–2014 Cawangan Kecil SPA, di Auditorium JPA. Hadir sama pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil SPA YBhg. Datin Normah Ibrahim, Timbalan Pengerusi Puan Lim Mooi Eia dan Ahli-Ahli PUSPANITA SPA. PUSPANITA Cawangan Kecil SPA turut memberi penghargaan kepada Puan Salbiah Arop sebagai penerima Anugerah Cemerlang PUSPANITA SPA 2010 – 2011. YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada beliau sebagai tanda penghargaan. ----- MediaSPA

 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 6

  • SPA FC Tewaskan Pulau Pinang SDM Kepala Batas

BANGI, 13 Mei -----  SPA FC menang 2 – 1 menewaskan Pulau Pinang SDM Kepala Batas dalam perlawanan Bola Sepak Liga FAM 2012 yang berlangsung di Stadium Mini Petronas, Bangi petang semalam. Jaringan SPA FC diperoleh pada separuh masa kedua melalui pemain gantian, Muhammad Rery Martinez pada minit ke-83. Pada minit ke-86 pula, tendangan kencang dari luar kotak penalti oleh ketua pasukan, Sazali Suwandi menambah derita pasukan pelawat untuk jaringan kedua SPA FC. Hadir menyaksikan perlawanan, Presiden SPA FC, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 7

  • Kursus Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)

SPA, 16 Mei -----  Akademi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (ASPA) telah mengadakan Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di Anjung Ilham aras 10. Kursus yang bermula semalam telah dihadiri seramai 45 peserta terdiri daripada warga SPA. Sebanyak 6 sesi ceramah telah diadakan antaranya adalah Pengenalan mengenai KIK, Teknik Menjana Idea Kreatif, Kaedah KIK, Konsep KIK, langkah pemilihan masalah dan pembangunan KIK. Ceramah sepanjang kursus pada kali ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Basharuddin Haji Abdullah dari Jabatan Kastam. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 8

  • Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Allahyarham Noorazmi Bakri

SPA, 18 Mei -----  Warga Suruhanjaya Perkhdmatan Awam hari ini telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil khusus untuk Allahyarham Noorazmi bin Bakri dari Bahagian Pengurusan yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad lepas. Majlis yang diadakan di surau Blok C7 turut dihadiri Setiausaha SPA, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo dan pegawai-pegawai kanan SPA. Turut hadir Yang Dipertua PASPA, En Shafarin Nasuredin. Bacaan Yasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Encik Salehudin Md Dahlan. Hadir sama balu Allahyarham Noorazmi, Puan Rohana Ahmad. YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo juga menyampaikan sumbangan kepada Puan Rohana Ahmad berupa wang tunai yang telah disumbangkan oleh warga SPA. Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil ini adalah anjuran Bahagian Pengurusan dan PASPA . ----- MediaSPA

 
 
 
 

Continue reading

Mei 2012 Aktiviti 9

  • SPA FC Tewaskan Melaka

MELAKA, 21 Mei -----  SPA FC terus mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga FAM 2012, apabila berjaya menewaskan Negeri Melaka 2 - 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, Melaka petang semalam. Jaringan SPA FC diperolehi melalui tendangan silang oleh Mohd Azrul Nazwan Ibrahim pada minit ke-9. Jaringan kedua SPA pula diperolehi melalui tandukan Mohd Shafiq Mohd Zahari pada minit ke-45. Pasukan tuan rumah berusaha mengandakan serangan pada separuh masa kedua, namun gagal untuk memperolehi sebarang gol sehingga 90 minit perlawanan tamat. Turut hadir menyaksikan perlawanan Timbalan Presiden SPA FC, YBhg. Datuk Ramli Juhari. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Mei 2012

Continue reading

Your message here