Accessibility Tools

Skip to main content

Disember 2013 Aktiviti 13

  • Program Bicarawara LANDSKAP di RTM
       
    KUALA LUMPUR, 14 Disember ------ Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi telah mengadakan program bicarawara “LANDSKAP” di TV1 bertajuk “SPA:Kerjaya Pilihan Atau Terpaksa”. Program yang disiarkan secara langsung selama satu jam bermula pada jam 9.00 malam itu telah menjemput dua orang panel iaitu YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi S.P.A. Antara perkara yang dibincangkan ialah permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam dan statistik pecahan kaum yang memohon jawatan di S.P.A. Rancangan yang dikendalikan oleh pengacara Sayed Munawar SM dan Shuhaimi Mohamed itu turut dibuka talian untuk panggilan penonton.  ------ MediaSPA
 

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 14

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 43/2013
       
    Mesyuarat Suruhanjaya Bil. 43/2013 telah membincangkan dan mempertimbangkan dua (2) kertas tindakan tatatertib, 12 kertas Lembaga Rayuan Tatatertib. Selain itu, Suruhanjaya turut meluluskan pelantikan seramai 2,257 orang dan seramai 866 orang pegawai telah diberi pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen. Manakala, 8 orang pegawai telah diberi pelanjutan tempoh percubaan dan 2 pegawai telah ditamatkan perkhidmatan.
 
 

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 15

  • Pelancaran Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI)
       
    PUTRAJAYA, 16 Disember ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah melancarkan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI). Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan Temu duga S.P.A telah disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun. Turut hadir, Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Timbalan Pengerusi S.P.A, YBhg Dato’ R. Segarajah, Ahli-Ahli Suruhanjaya serta wakil-wakil dari Kementerian/Jabatan dan agensi kerajaan. Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Datuk Joseph Entulu, beliau berkata S.P.A telah mengorak langkah ke hadapan, menambahbaik sistem tapisan keselamatan calon secara kasar dengan membuat tapisan keselamatan secara online sebelum calon-calon dilantik ke dalam perkhidmatan melalui SSMI. Terdahulu dalam ucapan aluan, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata pelaksanaan sistem ini juga merupakan pendekatan National Blue Ocean Strategy Iniatives (NBOSI) seperti mana yang disarankan oleh pihak Kerajaan. Menurutnya lagi Proof Of Concept (POC) telah diadakan mulai 25 Januari sehingga 21 Julai 2013 yang melibatkan tiga (3) agensi utama iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia (CGSO). YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga berkata sistem ini akan dipanjangkan kepada pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dan sistem SSMI ini merupakan "Produk 1 Malaysia Transformasi SPA" yang memberi satu faedah dan keuntungan bersama kepada perkhidmatan awam. ------ MediaSPA
 
 
 

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 17

  • Lawatan Dari Republic of Kazakhstan  
       
    SPA, 17 Disember ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (S.P.A) hari ini telah menerima kunjungan delegasi dari Republic of Kazakhstan. Delegasi seramai enam (6) orang telah diketuai oleh Mr. Serik Sainov dan satu taklimat mengenai S.P.A telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Mahmood Adam di bilik Mesyuarat Pengerusi. Antara taklimat yang disampaikan ialah berkenaan dengan sistem pengambilan serta transformasi yang telah dan sedang dilaksanakan di S.P.A ------ MediaSPA
 
 

Continue reading

Disember 2013 Aktiviti 18

  • Bahagian Pengambilan Berjaya Mencapai KPI -- Tan Sri Mahmood Adam 
       
    SPA, 17 Disember ------ Pengerusi S.P.A, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam mengatakan bahawa beliau berbangga kerana Bahagian Pengambilan S.P.A telah berjaya mencapai Key Perfomance Index (KPI) bahagian seperti yang dikehendaki. Beliau berkata demikian semasa kunjungan ke bahagian itu hari ini. Tambah beliau lagi apabila sesuatu bahagian berjaya mencapai KPI yang disasarkan maka kakitangannya sudah pasti memperoleh markah penilaian 85% ke atas termasuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti lain seperti sukan. Terdahulu dari itu, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam berkata S.P.A akan mengadakan mesyuarat bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Badan-badan Berkanun dan GLC dalam masa terdekat agar penggunaan Sistem Semakan Maklumat Individu (SSMI) yang telah dilancarkan semalam dapat digunakan oleh agensi-agensi tersebut ------ MediaSPA
 

Continue reading

Your message here