Accessibility Tools

Skip to main content

Rayuan Tatatertib

Rayuan Tatatertib

1. Bilakah pegawai boleh mengemukakan rayuan tindakan tatatertib?

Mengikut Peraturan 15(1), P.U.(A) 396/1993, rayuan tindakan tatatertib hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan tindakan tatatertib.

 

 

2. Bolehkah rayuan tindakan tatatertib dikemukakan selepas tempoh 14 hari?

Boleh. Walau bagaimanapun, Lembaga Rayuan Tatatertib akan sahkan bahawa surat itu diterima tetapi tidak akan dipertimbangkan kerana rayuan di buat melepasi tempoh membuat rayuan. Surat keputusan makluman ini perlu dikemukakan kepada pegawai.

 

3. Perlukah rayuan tindakan tatatertib dikemukakan melalui Ketua Jabatan?

Ya, mengikut Peraturan 15(1), P.U.(A) 396/1993.

 

6. Apakah keputusan yang boleh dibuat oleh Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam?

Berdasarkan Peraturan 16(4), P.U.(A) 396/1993 Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam boleh-

  1. menghantar balik kes itu kepada Lembaga Tatatertib untuk ditimbang semula;
  2. mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib;
  3. mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib tentang salah laku perayu itu tetapi mengubah hukuman itu kepada hukuman yang lebih ringan; atau
  4. mengakaskan keputusan dan hukuman Lembaga Tatatertib dan membebaskan perayu.
Your message here