Accessibility Tools

Skip to main content

 Tidak Hadir Bertugas

Tidak Hadir Bertugas

1. Sekiranya seseorang pegawai yang telah ditangkap/ditahan oleh pihak polis atau SPRM kerana disyaki melakukan jenayah dan telah ditahan reman (yang menyebabkan pegawai tidak hadir bertugas), adakah tindakan tatatertib tidak hadir bertugas boleh diambil ke atas pegawai tersebut?

Tidak boleh kerana ketidakhadiran pegawai mempunyai alasan yang munasabah.

Sekiranya pegawai masih tidak hadir selepas dibebaskan, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai bagi ketidakhadiran tersebut.

2. Berapakah tempoh yang boleh dianggap tidak hadir bertugas?

Peraturan 23, P.U.(A) 395/1993 menjelaskan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

Tiada tempoh minimum atau maksimum bagi kesalahan Tidak Hadir Bertugas.

3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pegawai kembali bertugas dalam tempoh penyiaran Notis (prosedur jika pegawai tidak hadir tanpa cuti dan tidak dapat dikesan)?

Peraturan 26(5), P.U.(A) 395/1993, menjelaskan jika pegawai kembali bertugas ke pejabat dalam masa 7 hari dari tarikh penyiaran notis, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan supaya prosiding tindakan tatatertib biasa dikenakan terhadap pegawai.

 
4. Pegawai hanya datang pagi dan petang untuk mengetik kad perakam waktunya. Pegawai sebenarnya tidak bertugas. Bolehkah pegawai dikenakan tuduhan ‘tidak hadir bertugas’?

Pegawai boleh dikenakan pertuduhan tidak hadir termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

 

Your message here