Accessibility Tools

Skip to main content

Oktober 2012 Aktiviti 7

  • Mesyuarat Tahunan SPA Dengan Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Negeri Di Bawah Bidang

KOTA BHARU 24 Oktober----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah mengadakan Mesyuarat Tahunan dengan Kementerian, Jabatan, Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang Kuasa SPA yang diadakan di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat selama dua (2) hari yang bermula semalam telah dihadiri oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Mahmood Adam, Setiausaha SPA, YBhg. Datuk Ramli Juhari dan pegawai-pegawai kanan SPA. YBhg. Pengerusi SPA juga telah hadir dalam satu sesi temu bual bersama RTM Kelantan. Sementara itu, pada malam tadi Pengerusi SPA telah mengadakan Mesyuarat Bersama Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan Pentadbiran Negeri di Bawah Bidang Kuasa SPA. Pada hari terakhir hari ini pula telah diadakan Sesi Interaksi bersama Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Ahli-Ahli Majlis NGO Kelantan, Badan-Badan Berkanun dan Badan-Badan Bukan Kerajaan bagi Zon Timur. Sejurus selepas berakhirnya program Sesi Interaksi tersebut, Sidang Media telah diadakan di tempat yang sama. YBhg. Tan Sri Mahmood Adam juga turut membuat lawatan ke Pusat Temu Duga SPA Kota Bharu, Kelantan. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

Julai 2020 Aktiviti 1

  • Berita Ringkas 23 Julai ----- Kunjungan Hormat CUEPACS Ke SPA

PUTRAJAYA 23 Julai ----- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah membuat kunjungan hormat kepada Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman. Delegasi seramai 7 pegawai tertinggi CUEPACS diketuai oleh Presidennya, Tuan Haji Adnan Mat. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia turut diadakan ----- MediaSPA

 
 
 

Continue reading

Oktober 2012 Aktiviti 2

  • Ketua Setiausaha Negara Merasmikan Penutupan Persidangan SPA ke - 15

IPOH 04 Oktober ----- Ketua Setiauaha Negara YBhg. Dato' Sri Dr. Ali Hamsa telah menyempurnakan Majlis Penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke 15. Ketibaan Ketua Setiausaha Negara di Impiana Hotel, Ipoh Perak telah disambut oleh Pengerusi SPA YBhg. Tan Sri Mahmood Adam dan Setiausaha SPA YBhg. Datuk Ramli Juhari. Terdahulu dari itu, satu perbincangan di antara beliau bersama peserta-peserta Persidangan telah diadakan di tempat yang sama. Pada sebelah petang pula, Ketua Setiausaha Negara telah meluangkan masa dengan melawat Program Karnival Kerjaya Perkhidmatan Awam anjuran SPA yang diadakan di Foyer Bangunan Persekutuan Ipoh, Perak diiringi oleh Setiausaha SPA YBhg. Datuk Ramli Juhari, Timbalan Setiausaha (Pengambilan), Encik Zainal Abidin Ahmad, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Puan Lim Mooi Eia dan pegawai-pegawai kanan SPA. Ketua Setiausaha Negara juga telah melawat ke tapak pameran yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan kaunter-kaunter perkhidmatan yang disediakan dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Continue reading

September 2012 Aktiviti 9

  • Hari Khas SPA Bersama Pelanggan

KUCHING 24 September----- Dalam menggalas usaha merakyatkan SPA, Urusetia Cawangan Sarawak telah mengadakan Hari Khas SPA Bersama Pelanggan di Bahagian Sarikei iaitu di Bandar Sarikei dan Daerah Julau masing-masing pada 21 September 2012 dan 22 September 2012. Selain itu, pada 22 September 2012 itu juga, pejabat ini turut menyertai Karnival Kerjaya anjuran Jabatan Ketua Menteri Sarawak yang berlangsung di Daerah Kanowit, Sibu.
 
Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program-program tersebut adalah Ceramah Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam dan Tips-Tips Temu Duga, Pendaftaran Online SPA, Kaunter Khidmat Nasihat Urusan SPA, dan pameran-pameran dari SPA dan pelbagai jabatan persekutuan. Ceramah Kerjaya telah disampaikan oleh Encik Asrul bin Zakaria, Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Urus Setia Cawangan Sarawak. 
 
Program Hari Khas SPA Bersama Pelanggan di Daerah Julau telah dirasmikan oleh YB Dato' Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Julau. Hadir sama Setiausaha Bahagian Urus Setia Cawangan Sarawak, Encik Mohd Saiful Sungkih Bin Abdullah, pegawai-pegawai SPA serta wakil-wakil jabatan. ----- MediaSPA

  
 
 
 
 
 

Continue reading

Ogos 2020 Aktiviti 2

  • Kunjungan Hormat KSU KASA ke SPA

PUTRAJAYA 12 Ogos ----- Kunjungan hormat dari YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air ke Pejabat Pengerusi SPA, Aras 13, Blok F1, Kompleks F, W.P Putrajaya

 
 
 

Continue reading

Your message here