Accessibility Tools

Skip to main content

Mac 2019 Aktiviti 11

  • Program Bario Public Service Outreach di Pusat Internet Bario, Miri

Bario, Miri ----- 25 Mac 2019 ( Isnin ) SPA Malaysia Cawangan Sarawak telah hadir ke Program Bario Public Service Outreach di Pusat Internet Bario, Miri anjuran Pejabat YB Dato Gerawat Gala (Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap ADUN Mulu). Objektif Program ini adalah untuk memberi perkhidmatan ke kawasan luar Bandar dan mengeratkan hubungan Agensi dengan komuniti setempat serta merasai sendiri bagaimana corak kehidupan di luar bandar. Perjalanan melalui darat dari Bandaraya Miri ke Bario mengambil masa lebih kurang 13 Jam. Manakala melalui udara adalah 45 minit. Pelbagai aturcara telah dilaksanakan antaranya adalah Taklimat kerjaya dan tips temuduga yang disampaikan oleh Encik Matthew Anak Dominic Barin (SUB SK).Selain itu, SPA Malaysia Cawangan Sarawak juga membuka booth pameran bagi memudahkan Pegawai SPA berinteraksi serta memberi khidmat nasihat mengenai kerjaya dalam perkhidmatan Awam Persekutuan kepada pengunjung yang hadir iaitu lebih kurang seramai 50 orang.Pihak SPA Malaysia Cawangan Sarawak juga mengadakan aktiviti berinteraksi dengan penduduk Kampung di sekitar Bario untuk menyampaikan maklumat dan tatacara memohon Perjawatan dalam SPA Malaysia.Turut hadir ke program berkenaan adalah YB Dato Gerawat Gala dan Mr.Robertson Bala ( Penghulu Bario ).Pegawai SPA yang terlibat dalam program ini adalah Encik Siw Woo Kiiong ( Unit PG ), Cik Fiona George Surang, Encik Doni Sahari dan Encik Azzrie Yusuffi ( Unit PN ) serta PSH dari Pusat Temuduga Miri.

 
 
 

Continue reading

Mac 2019 Aktiviti 12

  • Kunjungan Hormat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)

PUTRAJAYA 28 Mac ----- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) di Putrajaya semalam. Delegasi terdiri daripada Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak diketuai oleh Pengerusi SPANS YBhg. Datu Abdul Ghafur Shariff. Ketibaan disambut oleh Pengerusi SPA, YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Seman. Satu sesi taklimat mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) turut diadakan. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 
 

Continue reading

April 2019 Aktiviti 1

  • Ahli Suruhanjaya Baharu

PUTRAJAYA, 1 April ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima empat (4) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu semalam. Ahli-Ahli Suruhanjaya tersebut adalah YBhg. Tan Sri Dato’ Othman Mustapha, YBhg. Datuk Nor Rizan Mohd Thani, YBhg. Dato’ Abdul Rahman Othman dan YBhg. Datu Hajah Sutin Shamat. Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia telah dijalankan dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Idrus Harun di Istana Kehakiman. Majlis mengangkat sumpah disaksikan oleh Setiausaha SPA, En. Zohari Said dan diiringi Setiausaha Bahagian Urus setia Mesyuarat Suruhanjaya, En. Ahmad Mokthar Shahul Hamid. ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

April 2019 Aktiviti 2

  • Mesyuarat Suruhanjaya Bil 10/2019

Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil: 10/2019 pada 1 April 2019 di Putrajaya.

 
 

Continue reading

April 2019 Aktiviti 3

  • Kunjungan Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Ke SPA

PUTRAJAYA 5 April ----- Ketua Eksekutif Pusat Jenayah Nasional (NFCC) Dato' Seri Mustafar Ali telah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman pada Jumaat. Turut hadir dalam perjumpaan itu Setiausaha SPA En Zohari Said, Timbalan Setiausaha (Pengambilan) Tuan Haji Suhaimi Jusoh, Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras dan pegawai-pegawai kanan SPA.----- MediaSPA

 

Continue reading

April 2019 Aktiviti 4

  • Tan Sri Zainal Rahim Lancarkan Program Senaman Ringan

PUTRAJAYA 22 April ----- Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman telah melancarkan Program Senaman Ringan atau X-Break peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, semalam. Program yang diadakan sempena perhimpunan bulanan SPA ini turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Sri Zoal Azha Yusof, Ahli-Ahli Suruhanjaya, Setiausaha SPA En. Zohari Said, pegawai-pegawai kanan serta warga SPA. Terdahulu dalam ucapan, Tan Sri Zainal Rahim memperkenalkan Ahli-Ahli Suruhanjaya baharu dan seterusnya menyampaikan kit kepada kakitangan baharu yang melaporkan diri di SPA ----- MediaSPA

 
 
 
 
 

Continue reading

Your message here