Julai 2019 Aktiviti 3
- Mesyuarat Suruhanjaya Bil 20/2019
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 20/2019
Accessibility Tools
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 20/2019
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Bil 21/2019
AMPANG 24 Julai ----- Setiausaha SPA, En. Zohari Said telah membuat kunjungan ke rumah keluarga Allahyarhamah Cik Azura Zainal daripada Bahagian Peperiksaan yang kembali ke rahmatullah pada 26 Mei lepas. Setiausaha SPA telah menyampaikan sumbangan derma daripada Warga SPA dan sumbangan Puspanita kepada keluarga Allahyarhamah. Turut hadir Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan) Tuan Haji Ikhbal Hanam Mukras. ----- MediaSPA.
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya Bil 22/2019
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya Bil 23/2019
PUTRAJAYA, 15 Ogos ------ Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah menerima dua (2) orang Ahli Suruhanjaya yang baharu. Ahli-Ahli Suruhanjaya tersebut adalah Datuk Seri Jalil Marzuki dan Datuk Seri Jayasiri a/l Jayasena. Majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia telah dijalankan dihadapan Hakim Mahkamah Persekutuan, YA Tan Sri Idrus Harun di Istana Kehakiman. Majlis mengangkat sumpah disaksikan oleh Setiausaha SPA, En. Zohari Said dan diiringi Setiausaha Bahagian Urus setia Mesyuarat Suruhanjaya, En. Ahmad Mokthar Shahul Hamid. Selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Ahli-Ahli Suruhanjaya telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman.----- MediaSPA
Tan Sri Zainal Rahim Seman mempengerusikan mesyuarat Suruhanjaya Bil 24/2019
Mesyuarat Suruhanjaya Bil 25/2019
Bengkel Semakan Semula Pelan Strategik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) pada 20 hingga 21 Ogos 2019 bertempat di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek telah selesai dengan jayanya. Bengkel ini bertujuan untuk merangka Pelan Strategik SPA bagi tahun 2020-2022 dan menggariskan program-program yang akan diberi fokus dalam tempoh tersebut. Turut hadir sama dalam bengkel ini ialah YBrs. Tuan Zohari Bin Said, Setiausaha SPA, YBrs. Tuan Haji Ikhbal Hanam bin Mukras, TSU(S) dan YBrs. Tuan Haji Ghazali bin Hizam, TSU(R). YBhg. Tan Sri Zainal Rahim Bin Seman, Pengerusi SPA, juga sempat melakukan tinjauan pada hari terakhir bengkel ini dan telah sama-sama memberikan pandangan serta hala tuju ke arah memperkasakan penyampaian perkhidmatan SPA. Dalam ucapan penutup beliau, warga SPA turut disarankan supaya sentiasa berkongsi ilmu, bekerjasama dalam satu pasukan dan bersedia untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih positif.